Harian Metro

‘selamatkan’ Real

-

„

Real Madrid mendaki tangga teratas La Liga, selepas jaringan tunggal Marco Asensio memberikan kemenangan 1-0 ke atas Espanyol, awal pagi semalam.

Kemenangan di Santiago Bernabeu itu mungkin memberi kelebihan buat Real untuk mengatasi Barcelona yang dijadual bertemu Girona untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam dengan rekod sempurna.

Bagaimanap­un, pertembung­an itu mendedahka­n kerapuhan jentera pertahanan skuad kendalian Julen Lopetegui yang sudah mengharung­i enam aksi kompetitif, termasuk keputusan seri menentang Athletic Bilbao di gelanggang lawan.

Selepas mencatat kemenangan ke atas AS Roma dalam kempen Liga Juara-Juara, Khamis lalu, beberapa perubahan dibuat Lopetegui - antaranya merehatkan Gareth Bale, Marcelo dan Dani Carvajal.

Begitupun, jika peluang yang sama diberikan terhadap Atletico Madrid pada pertembung­an tetangga minggu depan, nasib mereka mungkin berbeza selepas lawan itu menang 2-0 ke atas Getafe pada aksi lebih awal.

“Perlawanan yang memberikan rasa gemuruh dan pada 15 minit terakhir, kami kurang kawalan,” kata Lopetegui.

“Perlawanan selepas

(gambar)

Liga Juara-Juara sentiasa berbahaya dan kami mengetahui­nya.”

Ketiadaan Carvajal memberi penampilan sulung buat Alvaro Odriozola yang tiba dari Real Sociedad musim panas ini, manakala Thibaut Courtois menggantik­an Keylor Navas, sekali gus meneruskan strategi penggilira­n Lopetegui di depan pintu gol.

Espanyol dua kali hampir memecah kebuntuan menerusi serangan balas pertama, susulan kesilapan Raphael Varane namun ia disia-siakan Pablo Piatti.

Kesilapan sama dilakukan apabila Courtois terpaksa menampan rembatan Hernan Perez, tetapi cubaan susulan Didac Vila berjaya dihalang oleh Casemiro.

Real memperoleh gol kemenangan pada minit ke-41 apabila rembatan Luka Modric tiba tepat di kaki Asensio yang mudah menyumbat gol untuk menewaskan penjaga gol Espanyol.

Pengadil, Mateu Lahoz pada awalnya membatalka­n jaringan berkenaan kerana ofsaid, tetapi Real diselamatk­an dengan Video Bantuan Pengadil

(VAR).

 ??  ?? MODRIC
MODRIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia