Harian Metro

Erat hubungan ahli keluarga

„ NST C-Cycle Challenge 2018 pupuk hidup sihat

- Aliza Shah, Masriwanie Muhamading, Beatrice Nita Jay dan Dawn Chan sukanteam@nstp.com.my

Mempromosi­kan gaya hidup sihat dan menggalakk­an keluarga menghabisk­an masa berkualiti melalui aktiviti sukan dijadikan teras oleh penganjur, New Straits Times (NST) C-Cycle Challenge 2018 yang tampil dengan program edisi keduanya, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid berkata, program itu bukan sekadar memperliha­tkan kehebatan sukan dan kebolehan olahraga semata-mata sebaliknya turut merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan anggota dalam komuniti.

“Idea di sebalik program ini adalah untuk mempromosi­kan kehidupan sihat. Kami mahu menggalakk­an orang ramai berjinak-jinak dengan sukan berbasikal,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta kategori Century Ride dan Fun Ride di Eco Sanctuary, Kota Kemuning, semalam.

Acara pelepasan itu turut disempurna­kan Pengerusi Yayasan Eco World Foundation, Tan Sri Lee Lam Thye, Ketua Pegawai Operasi Eco World Developmen­t Group Bhd, Datuk Sundarajoo Somu, Pengurus Besar Bahagian Eco World Developmen­t Group Bhd, Ho Kwee Hong, Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib dan Pengarang Eksekutif NST, Muzli Mohd Zin.

Abdul Jalil berkata, bilangan peserta yang tampil pada edisi kali ini mencecah 1,200 yang terdiri daripada warga tempatan dan antarabang­sa.

“Bersama-sama dengan Eco World Developmen­t Group Bhd, kami berharap acara ketiga akan dianjurkan tahun depan dan ia akan menarik lebih ramai penunggang,” katanya.

Edisi kedua NST C-Cycle Challenge menyaksika­n penunggang menyertai kategori 160km Century Ride dan 35km Fun Ride.

Abdul Jalil berkata, penganjur bercadang memperkena­lkan kategori ketiga tahun depan dengan peserta melalui cabaran di laluan antara 70km hingga 75km.

Tahun ini, cabaran itu menyaksika­n sebanyak 28 pasukan penunggang profesiona­l termasuk Pasukan Berbasikal Terengganu, Pasukan PDRM G Cycling dan Pasukan Armaniz Cycling.

Sekurang-kurangnya 12 peneraju industri tampil menyertai cabaran itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid; Pengarah Urusan Sysmex Malaysia Sdn Bhd, Albert Tan, Timbalan Ketua Eksekutif (Korporat) Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Datin Azlaily Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Enfiniti Vision Media Sdn Bhd, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan blogger Datuk Ahirudin Attan.

Abdul Jalil berkata, beliau berpuas hati dengan maklum balas positif peserta walaupun acara itu terpaksa ditunda dari tarikh asalnya pada Mei lalu.

Pemenang pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Terbuka Lelaki Senior masing-masing memenangi wang tunai RM2,500, RM1,500 dan RM1,000.

Bagi kategori Terbuka Pasukan, pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM4,500, RM3,500 bagi tempat kedua dan RM3,000 untuk tempat ketiga.

Cabaran NST C-Cycle Challenge 2018 dianjurkan NST dengan kerjasama Eco World Developmen­t Group Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd sebagai sebagai bank rasmi selain syarikat pengimport dan peruncitan barangan sukan, Treknology Multisport Sdn Bhd sebagai penaja produk.

 ??  ?? ANTARA gelagat peserta. AHIRUDIN turut serta dalam perlumbaan.
IZZ (kiri) bersama ayahnya, Zahir meminati sukan berbasikal. PELUMBA negara,
Jupha Somnet (depan) turut mengambil bahagian.
ANTARA gelagat peserta. AHIRUDIN turut serta dalam perlumbaan. IZZ (kiri) bersama ayahnya, Zahir meminati sukan berbasikal. PELUMBA negara, Jupha Somnet (depan) turut mengambil bahagian.
 ??  ?? PESERTA bersemanga­t memulakan perlumbaan.
PESERTA bersemanga­t memulakan perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia