Harian Metro

Pelumba Iran jatuh hati dengan Malaysia

-

Kuala Langat: Bekas pelumba muda Iran, Sajad Jafarnasab (gambar) melalui tempoh tiga bulan di Malaysia dengan memori sukar dilupakan.

Pelumba berusia 25 tahun itu menyertai empat lagi rakan mewakili pasukan profesiona­l Malaysia, Plomo DrDagoo pada saingan New Straits Times C-Cycle Challenge 2018 hari ini.

Dia melalui tempoh yang hebat sepanjang saingan 160 kilometer Century Ride itu yang melalui kawasan pantai dan pedalaman Selangor.

“Cuaca amat hebat, mungkin kerana masih lagi dalam musim hujan, jadi agak sejuk. Ia boleh menjadi lebih buruk,” kata Sajad.

Dia pernah bersama pasukan kebangsaan Iran selama lapan tahun sebelum ini.

Sajad bagaimanap­un tersenyum apabila bercakap mengenai tempoh dia berada di negara ini.

Selepas tiga bulan, dia mengakui sudah jatuh cinta dengan rakyat negara ini.

“Saya sayangkan Malaysia. Ia negara yang menarik untuk tinggal terutama kerana ia berbilang bangsa dan masyarakat dengan kepelbagai­an agama,” katanya.

Sementara itu, pelumba dari Scotland, Andrew Carr, 34, berkata, perlumbaan sejauh 160km pasti akan lebih menarik dan mencabar jika laluannya merentasi kawasan berbukit.

“Laluan banyak landai kerana itu ia kurang menarik atau mencabar,” katanya.

Daripada keseluruha­n 1,220 peserta C-Cycle, kira-kira 70 pelumba adalah dari negara luar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia