Harian Metro

Rahsia kejayaan skuad berbasikal Terengganu

-

Ipoh: Program ‘booster’ yang diilhamkan dari negara Eropah menjadi rahsia kejayaan skuad berbasikal Terengganu memenangi 14 pingat emas, 13 perak dan empat gangsa pada edisi ke-19 Sukan Malaysia (SUKMA) Perak berakhir kelmarin.

Ketua jurulatih berbasikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, pasukan Terengganu adalah skuad berbasikal pertama di negara ini yang menggunaka­n program itu yang bercirikan pendekatan sains sukan.

“Program ini saya dapat dalam lima bulan sebelum SUKMA, namun program ini tak boleh dilakukan dalam tempoh berpanjang­an. Hanya untuk persiapan jangka masa pendek.

“Program ini memberikan sistem itu membentuk otot yang besar dengan intensiti tinggi. Daripada segi latihan pula, kita berlatih 110 peratus,” katanya.

Syed Mohd Hussaini berkata program itu mempunyai risiko kecederaan terutama di bahagian lutut, pinggang dan hamstring jika tidak diguna pakai dengan teknik yang betul.

“Setakat ini kami saja yang menggunaka­n program ini di Malaysia. Program ini ternyata membantu pelumba kami terutama sekali dalam program ujian masa individu dan berpasukan serta acara individu di lebuh raya dan juga trek,” katanya.

Terengganu mendominas­i sukan berbasikal apabila jauh meninggalk­an kontinjen lain dengan Selangor yang berada di tempat kedua memperoleh tiga emas, tiga perak dan lima gangsa.

Kejayaan skuad berbasikal Terengganu berjaya memastikan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruha­n pungutan pingat dengan 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa.

Antara pelumba Terengganu yang paling menyerlah adalah Nur Aisyah Mohamad Zubir yang mengumpul tujuh emas dalam kesemua acara berbasikal yang disertainy­a bagi membaiki pencapaian lima emas yang dimenangin­ya pada temasya di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia