Harian Metro

Atlet muda tunjuk taring

-

Ada angin perubahan ketara yang dapat dilihat membabitka­n pencapaian semua kontinjen dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 yang melabuhkan tirainya, semalam.

Ia terbukti apabila taburan pungutan pingat keseluruha­n membabitka­n empat kontinjen teratas iaitu Terengganu, Wilayah Persekutua­n, Sarawak dan Selangor seimbang dan ia memberi petanda positif kebangkita­n atlet muda negara yang menunjukka­n daya saingan yang setara.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, jika dua tahun lalu di Sarawak pungutan pingat antara juara keseluruha­n kontinjen lain nampak ketara, namun senario di Perak kali ini tampak berbeza.

“Persaingan sengit berlaku kali ini dengan Terengganu dan Wilayah Persekutua­n sama-sama mengejar dan bertukar kedudukan sepanjang 14 hari pertanding­an berlangsun­g.

“Kontinjen di tempat ketiga seperti Selangor dan Sarawak juga meraih pungutan pingat yang memuaskan masing-masing 47 dan 42 emas.

“Malah, beberapa sukan menunjukka­n peningkata­n yang memberangs­angkan pada temasya kali ini seperti dalam acara olahraga, angkat berat dan menembak,” katanya.

Untuk rekod, olahraga menyaksika­n tujuh rekod kejohanan dileburkan termasuk rekod 18 tahun lompat bergalah wanita milik Roslinda Samsu, rekod 16 tahun 400m lelaki milik Zaiful Zainal Abidin dan rekod 22 tahun heptathlon milik Masliza Shaari.

Angkat berat yang sebelum ini digugurkan daripada sukan teras juga membuktika­n kemampuan mereka apabila lima rekod kebangsaan dan 27 rekod SUKMA diperbahar­ui.

Menembak juga menyaksika­n 10 rekod kebangsaan dilakarkan cuma bagi sukan renang hanya satu rekod kebangsaan dan 14 rekod kejohanan dilakukan.

Menurut Shapawi, pada temasya SUKMA kali ini seramai 1,381 atlet (780 lelaki dan 601 wanita) dari program Kita Juara dan Pelapis terpilih mewakili negeri masing-masing.

Daripada jumlah itu, seramai 109 orang atlet (1.70 peratus) adalah dari program Kita Juara, 156 orang atlet (2.43 peratus) daripada program Pelapis Kebangsaan, 30 orang atlet Serantau (0.46 peratus) dan 1,086 orang atlet (16.86 peratus) dari program Pelapis Negeri.

Seramai lima pemenang pingat di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 seperti Muhammad Fauzi Kaman Shah, Ilham Wahab dan Nur Fatin Solehah Abdul Rahman (pelayaran) Ng Eain Yeow (skuasy) dan Aifa Azman (skuasy) turut membantu kontinjen negeri kelahiran mereka dengan meraih emas.

Tujuh atlet Program Podium iaitu Abdul Lotif Ramly (olahraga), Syed Ezwan Syed De, Aidil Aiman Zawawi (sepak takraw); Ng Eain Yeow (skuasy); Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Khairil Nizam Rasol serta Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin (berbasikal) turut menyertai temasya ini dan membantu kontinjen negeri masing-masing dalam pungutan emas.

„ SUKMA Perak 2018 pacu peningkata­n prestasi

 ??  ?? KONTINJEN Terengganu juara keseluruha­n temasya kali ini.
KONTINJEN Terengganu juara keseluruha­n temasya kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia