Harian Metro

Dunia bersama Chong Wei

-

gelanggang.

“Semoga cepat sembuh Chong Wei. Saya harap proses rawatan anda berjalan dengan baik,” tulis Axelsen yang tewas di tangan Chong Wei dalam pertemuan terakhir mereka di Terbuka Malaysia, Jun lalu.

Pemenang pingat emas Olimpik Athens 2004 dari Indonesia,

Taufik Hidayat turut tidak ketinggala­n memberikan kata-kata semangat kepada rakan seperjuang­annya itu menerusi entri di laman Instagram miliknya.

“Kepada Chong Wei, saya berharap kamu bertambah baik setiap hari. Saya berharap semuanya positif sepanjang proses rawatan kamu,” kata Taufik yang memuat naik gambarnya bersama Chong Wei.

Begitu juga dengan bekas bintang Denmark, Pete Gade yang berharap rakan baiknya itu cepat sembuh. “Moga cepat sembuh, sahabat,” katanya melalui akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, bekas rakan sepasukan dan sebilik dengan Chong Wei, Muhamad Hafiz Hashim turut memuat naik gambarnya bersama pemain berusia 36 tahun itu di laman Instagram.

“Beberapa tahun yang lalu, kamu adalah rakan sebilik, rakan baik, rakan sepelatih dan dalam masa sama musuh saya di gelanggang.

“Saya berdoa kamu akan mendapat rawatan yang terbaik dan segera sembuh. Kamu tidak perlu membuat kemunculan semula dalam masa sekarang, paling penting adalah kesihatan kamu.

Semoga cepat sembuh Chong Wei.

“Semua rakyat Malaysia bersama kamu wira negara,” kata Hafiz yang juga juara Seluruh

England 2003.

Pemain perseorang­an lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang juga rakan sepelatih Chong Wei mengakui terkejut dengan berita berkenaan dalam video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Saya sebagai rakan seperjuang­an dan rakan sepelatih Chong Wei terkejut dengan berita Chong Wei menghidap kanser hidung. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan sepenuhnya kepada Chong Wei,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia