Harian Metro

Skuad B-16 pilih jalan berliku

-

Kuala Lumpur: Lim Teong Kim hanya memiliki tempoh dua hari untuk memikirkan strategi paling ampuh bagi mengatasi Jepun, Rabu ini andai berhasrat melangkah ke pusingan kalah mati Kejohanan B-16 AFC.

Semalam, anak buahnya ditundukka­n Thailand 2-4 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi kedua Kumpulan A dan jaringan besar yang diraih selepas menundukka­n Tajikistan 6-2 sebelum ini belum tentu menjamin tiket Malaysia ke pusingan kedua.

Semuanya gara-gara kekalahan petang semalam, sekali gus membuka kembali saingan kumpulan kerana Malaysia dan Thailand yang tewas 2-5 di tangan Jepun pada perlawanan pertama, mengumpul mata sama.

Justeru, bukan sesuatu yang keterlalua­n jika dikatakan Malaysia memilih laluan sukar menjelang pertemuan terakhir peringkat kumpulan menentang Jepun - skuad yang dilabel sebagai paling kuat setakat ini.

Petang semalam, Malaysia yang memerlukan kemenangan untuk mendapatka­n tiket awal ke pusingan kalah mati dikejutkan dengan jaringan ayam tambatan Thailand, Suphanat Mueanta seawal minit ketiga.

Namun, kedudukan itu hanya bertahan sembilan minit apabila penjaring terbanyak skuad negara, Luqman Hakim Shamsudin menyamakan kedudukan selepas percubaann­ya dalam kotak penalti gagal diselamatk­an penjaga gol, Anuchid Taweesri.

Suphanat bagaimanap­un kembali meletakkan Thailand di depan pada minit ke-21 selepas rembatan leretnya berjaya menewaskan penjaga gol negara, Abdul Alim Al Amri Ali buat kali kedua.

Hanya tiga minit bersambung babak kedua, Malaysia sekali lagi mengikat kedudukan menerusi jaringan jarak dekat Firdaus Kaironnisa­m yang menyudahka­n hantaran Alif Mutalib.

Ketika ribuan penyokong Malaysia masih meraikan jaringan penyamaan itu, nasib malang menimpa skuad negara apabila Luqman dilayangka­n kad merah oleh pengadil, Omar Mohamed Ahmed Hassan pada minit ke-51 selepas mengasari pemain lawan.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya Thailand mencari gol ketiga dan usaha mereka berhasil apabila Waragon Thongbai tenang menyudahka­n hantaran Thanarin Thumsen pada minit ke-67.

Thailand menambah satu lagi gol pada minit ke-85 menerusi Apidet Janngam, sekali gus mengesahka­n kemenangan 4-2 Gajah Perang.

 ??  ?? SUPHANAT
SUPHANAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia