Harian Metro

Anas puas sudah temui ‘penawar’ gol

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pertahanan tengah Terengganu FC (TFC), Nasrullah Hanif Johan enggan dilabel ‘hero’ skuadnya susulan sentuhan pertamanya berjaya menghasilk­an jaringan buat pasukan.

Sebaliknya pemain berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu mengakui kerjasama berpasukan membantuny­a meledak gol bagi membolehka­n TFC menang 2-1 ke atas FELDA United dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia, Jumaat lalu.

Bagaimanap­un pemain berusia 28 tahun itu mengakui teruja dan bagaikan sudah menemui ‘penawar’ selepas berjaya menghasilk­an jaringan melalui tandukan mengeliruk­an pada minit kesembilan.

Satu lagi jaringan TFC dihasilkan menerusi sepakan penalti pemain import, Lee Tuck pada penghujung babak kedua.

“Ini jaringan pertama saya sepanjang musim ini bersama TFC. Ini bukan hanya sebagai penawar, malah hadir tepat pada masanya untuk membantu pasukan melakar kejayaan penting.

“Saya harap, selepas berjaya memecah kebuntuan gol peribadi ini, saya mampu beraksi lebih baik termasuk menjaringk­an gol dalam aksi suku akhir kedua nanti untuk layak ke separuh akhir,” katanya yang lebih mesra dipanggil Anas.

Dalam aksi itu, Anas masuk menggantik­an Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris yang mengalami kecederaan pada minit ketujuh dan dia hanya memerlukan masa kurang dua minit untuk meledak gol pertama pasukannya.

“Jika diturunkan pada pertemuan Jumaat ini, sudah tentu saya akan mempamerka­n aksi terbaik untuk mempertaha­nkan kubu. Kami yakin mampu mara ke separuh akhir,” katanya.

 ??  ?? NIK Akif (kanan) ledak gol kedua Kelantan.
NIK Akif (kanan) ledak gol kedua Kelantan.
 ??  ?? NASRULLAH (tengah) enggan dilabel hero pasukan.
NASRULLAH (tengah) enggan dilabel hero pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia