Harian Metro

Tangkap suspek kes tetak ibu

-

Bintulu: Lelaki yang juga suspek utama kes rompak dan tetak wanita warga emas di sebuah rumah di Kawasan Perumahan MNLG berjaya ditahan petang kelmarin.

Difahamkan, suspek yang juga anak lelaki mangsa ditahan di Terminal Bas Bintulu, di sini, kira-kira jam 2.15 petang, dipercayai ketika cuba menaiki bas untuk melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­dan Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam.

“Ketika ditahan, turut ditemui beberapa dokumen dan barangan milik mangsa yang dilarikan suspek pada hari kejadian.

“Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphet­amine. Dia dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dengan penahanan terbabit, polis berjaya menyelesai­kan kes rompakan membabitka­n mangsa wanita warga emas berusia 61 tahun.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjarak­an sehingga 20 tahun, denda dan sebat kerana merompak sehingga mendatangk­an kecederaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bintulu esok (hari ini) bagi mendapatka­n permohonan tahanan reman,” katanya.

Dalam kejadian jam 11 pagi Rabu lalu, mangsa yang bergelut menyelamat­kan beg tangannya daripada dilarikan suspek, cedera teruk dipercayai ditetak menggunaka­n senjata tajam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke

Hospital Bintulu bagi mendapatka­n rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

 ??  ??
 ??  ?? ZULKIPLI
ZULKIPLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia