Harian Metro

Rancang tambah pusat rawatan

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

„ Perlu dilakukan tampung jumlah penghuni sedia ada dalam usaha bantu golongan penagih

Kerajaan merancang menambah pusat rawatan dan pemulihan di negeri ini dalam usaha membantu golongan penagih dadah.

Ini termasuk pembinaan pusat terbabit di kawasan pantai barat dan timur negeri ini, selain pusat khas bagi wanita.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, ia perlu bagi menampung jumlah penghuni pusat sedia ada di Sabah ketika ini.

Setakat ini Sabah mempunyai sebuah fasiliti di Kimanis yang hanya mampu menampung kapasiti 250 penghuni.

“Bagaimanap­un, 400 penagih dadah ditempatka­n di situ ketika ini, melebihi kapasiti sepatutnya.

“Selain itu, pembinaan pusat terbabit di pantai timur memudahkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerima penagih di kawasan berkenaan untuk mendapatka­n rawatan, selain memudahkan keluarga berjumpa ahli keluarga yang dirawat.

“Dalam pada itu, pusat khas wanita turut diperlukan agar tidak bercampur dengan penghuni lelaki,” katanya selepas mengetuai Op Khas Adu, malam kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Penguatkua­saan dan Keselamata­n merangkap Komander Pasukan

AADK, Zainudin Abdullah, Pengarah AADK Sabah, Bakri Bibi dan Ketua Penguat Kuasa AADK, Kota Kinabalu, Lawrance Galleh.

Dalam operasi bersepadu dilaksanak­an sejak kelmarin, 40 individu berusia 15 hingga 51 tahun ditahan termasuk empat wanita kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Dalam operasi malam kelmarin pula, 35 anggota terdiri daripada AADK Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melakukan pemeriksaa­n di beberapa lokasi di bandar raya ini serta Sepanggar termasuk Kampung Rampayan, Tebobon dan Gudon.

Sementara itu, Mohd Azis berkata, operasi seumpama itu akan dilakukan berterusan di seluruh negeri bagi membendung masalah penyalahgu­naan dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia