Harian Metro

Rakyat ‘tauke besar’

- Joshua Eric cnews@nstp.com.my

„ Kerajaan PH angkat rakyat tentu hala tuju, masa depan negara

Konsep Malaysia Baharu yang dibawa Pakatan Harapan (PH), mengangkat rakyat sebagai ‘tauke besar’ dalam menentukan hala tuju dan masa depan kepemimpin­an negara.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen berkata, ia sebahagian daripada perubahan besar yang cuba dilaksanak­an kepemimpin­an baharu.

“Keadaan sekarang sudah jauh berubah apabila rakyat buat pertama kalinya diangkat sebagai ‘tauke besar’ berbanding era pentadbira­n yang terdahulu.

“Dulu, rakyat sering diingatkan supaya ‘jangan lawan tauke’, namun ia tidak sedikit pun menggentar­kan mereka apabila bertindak menyingkir­kan kerajaan terdahulu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Dialog Kepengguna­an di Rumah Panjang Munggu Demam di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah KPDNHEP Sarawak, Datuk Stanley Tan dan Ketua Cawangan KPDNHEP Sri Aman, Thomas Chua Kee Chuan.

Beliau berkata, rakyat harus sedar mengenai hak mereka, termasuk hak memilih pemerintah kerajaan baharu setiap kali berlangsun­g pilihan raya.

“Saya ingatkan seluruh rakyat supaya jangan takut lagi memilih parti pemerintah kerana merekalah sebenarnya ‘tauke besar,’ yang menentukan hala tuju tadbir negara ini dan bukan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Chieng Jen berkata, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mengawal kenaikan harga barang di seluruh negara.

Katanya, mekanisme baharu bagi mengawal kenaikan harga barang juga tidak diperlukan ketika ini walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an pada 1 September lalu, menggantik­an Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

“Apa yang penting sekarang adalah pemantauan serta penguatkua­saan oleh pihak kementeria­n berhubung kait dengan SST, selain kerjasama pengguna bagi menjayakan usaha terbabit.

“Sejak SST dikuatkuas­akan pada 1 September lalu, sudah banyak premis perniagaan di seluruh negara diperiksa pihak penguat kuasa bagi tujuan perbanding­an harga,” katanya.

Dalam pada itu, Chieng Jen berkata, kerajaan masih memberikan subsidi bagi menanggung kos pengangkut­an serta penghantar­an barangan keperluan harian ke kawasan pedalaman dan luar bandar bagi mengelak kenaikan harga barang.

“Justeru, peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati, terutama barangan keperluan harian dan terkawal boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya. Penubuhan Yayasan Penghulu Adin mampu menyumbang kepada usaha meningkatk­an taraf hidup dan sosioekono­mi komuniti Iban di Sare di sini, khususnya melalui bidang pendidikan.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, melalui suntikan dana permulaan RM50,000, yayasan itu juga akan memberi tumpuan terhadap aktiviti kebajikan, terutama membantu golongan memerlukan.

Katanya, kerja kebajikan yayasan berkenaan akan diperluask­an dengan matlamat untuk mengubah nasib kumpulan sasar, terutama keluarga miskin.

“Penubuhan yayasan ini berinspira­sikan perjuangan Mendiang Penghulu Adin Jampang yang ketika hayatnya komited membela nasib kaum Iban Sare.

“Mendiang sanggup berkorban masa dan tenaga membina sendiri sekolah bagi memastikan anak Iban Sare tidak tercicir dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Dewan Penghulu Adin di sini, kelmarin.

Len yang juga Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, sekolah pertama yang dibina pada 1954 banyak mengubah landskap kehidupan penduduk setempat.

“Kita akan memastikan yayasan ini yang dipengerus­ikan oleh saya sendiri dan dibantu oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab sebagai Timbalan

Pengerusi akan terus berkembang, seterusnya membantu masyarakat setempat.

“Justeru, kita perlu menggesa kerjasama pemimpin setempat bagi memastikan kelancaran dan keberkesan­an fungsi yayasan ini,” katanya.

 ??  ?? CHONG menurunkan tandatanga­n pada plak di Majlis Perasmian Sesi Dialog Kepengguna­an di Rumah Panjang Munggu Demam, Sri Aman.
CHONG menurunkan tandatanga­n pada plak di Majlis Perasmian Sesi Dialog Kepengguna­an di Rumah Panjang Munggu Demam, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia