Harian Metro

Sarawak miliki sumber kewangan kukuh bangunkan negeri

-

Sarawak memiliki sumber kewangan kukuh bagi menyediaka­n pelbagai kemudahan infrastruk­tur asas untuk rakyatnya terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menteri Muda Pertanian Sarawak, Dr Abdul

Rahman Ismail berkata, negeri ini mencatatka­n perolehan pendapatan yang melebihi perbelanja­an hampir setiap tahun, sekali gus membolehka­nnya membiayai pembanguna­n dirancang.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, sumber kewangan kerajaan negeri yang kukuh itu turut mendapat pengiktira­fan institusi kewangan antarabang­sa.

“Pembanguna­n infrastruk­tur asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik akan terus menjadi tumpuan untuk dilaksana di kawasan pedalaman dan luar bandar Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bersama Komuniti anjuran Jawatankua­sa Randau dan Pelanconga­n PBB Bukit Kota di Kampung Limpaku Pinang di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, walaupun kerajaan negeri kini dipimpin parti pembangkan­g, tiada sebab Kerajaan Pusat di bawah kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH) mengabaika­n Sarawak kerana pemimpinny­a sudah mengambil pendirian menyokong dasar PH.

“Sarawak yang dipimpin kerajaan Gabungan

Parti Sarawak (GPS) mempunyai kewangan kukuh untuk membangunk­an negeri ini secara terancang dan berterusan.

“Walaupun masih bergantung kepada Kerajaan Persekutua­n menyediaka­n peruntukan pembanguna­n bagi Sarawak, kerajaan negeri juga mempunyai pendapatan kukuh berbanding negeri lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia