Harian Metro

Tak wajib ikuti kursus asas survival

-

Kuching: Kerajaan Sarawak tidak berhasrat mewajibkan golongan berminat dengan aktiviti pendakian mengikuti kursus asas survival bagi mengelak kejadian pendaki hilang berulang.

Walaupun menyedari kes pendaki hilang semakin banyak dilaporkan, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, tidak melihat keperluan kelas berkenaan diwujudkan.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, banyak kes orang hilang dalam hutan ketika mendaki menunjukka­n masyarakat kini terutama golongan muda menggemari aktiviti lasak bagi mengisi masa lapang mereka.

“Nasihat saya, buat perancanga­n teliti gunung dan hutan yang hendak diteroka.

“Jangan pergi bersendiri­an, sebaliknya pergi berkumpula­n, jangan berpecah,” katanya ketika mengulas kejadian seorang pendaki, Stanley Kho, 20, yang ditemui selamat semalam selepas hilang ketika mendaki Gunung Singai, Bau, Isnin lalu.

Mangsa dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu bersendiri­an, pada jam 8 pagi Isnin lalu dan laporan mengenainy­a dibuat pada jam 4.35 petang, hari sama.

Mengenai tahap keselamata­n gunung di negeri ini bagi pendaki, Abdul Karim berkata, semua gunung di negeri ini selamat untuk didaki.

“Bagaimanap­un, mereka mestilah sentiasa berjaga-jaga dan berhemah ketika meneroka hutan,” katanya.

Abdul Karim juga enggan mengulas sikap segelintir pendaki yang mengambil mudah faktor keselamata­n ketika melakukan aktiviti berkenaan sehingga menyebabka­n Jabatan Bomba dan Penyelamat, bertungkus-lumus melaksanak­an gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

 ?? Abdul Karim Rahman Hamzah ?? Banyak kes orang hilang dalam hutan ketika mendaki menunjukka­n masyarakat kini terutama golongan muda menggemari aktiviti lasak”
Abdul Karim Rahman Hamzah Banyak kes orang hilang dalam hutan ketika mendaki menunjukka­n masyarakat kini terutama golongan muda menggemari aktiviti lasak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia