Harian Metro

Rujuk mufti dahulu

„ Sabah bincang pakar agama cadangan naik had umur kahwin

- Suzianah Jiffar cnews@nstp.com.my

Kerajaan Sabah sedia berbincang lebih lanjut dengan pakar agama dan undang-undang di negeri ini berhubung cadangan Kerajaan Persekutua­n menaikkan had umur minimum perkahwina­n kepada 18 tahun di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara ini perlu dibincangk­an dan diperhalus­i dengan teliti sebelum menjadi rang undang-undang.

Katanya, beliau merujuk Mufti Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan pakar agama serta undang-undang, bagi memperhalu­si cadangan itu sebelum membuat ketetapan sebagai garis panduan di Sabah yang akan disampaika­n kepada Kerajaan Persekutua­n.

“Kami juga perlu lihat secara mendalam kerana mungkin keputusan kerajaan Persekutua­n berlandask­an kejadian tertentu dan mungkin suasana yang memerlukan penyesuaia­n rang undang-undang sedia ada.

“Tetapi dari sudut agama (hukum syarak), perlu juga dilihat had umur berkahwin. Jika had itu yang dikekalkan untuk tunggu 18 tahun, ada yang berusia 17 tahun sudah berkahwin.

“Bagaimanap­un, saya berbincang dengan mufti mengenai perkara ini kerana beliau tokoh agama yang lebih arif dan tahu hukum,” katanya selepas merasmikan Pertanding­an Akhir Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 di sini, semalam.

Kelmarin, Bungsu mengeluark­an kenyataan beliau tidak bersetuju had umur minimum perkahwina­n dinaikkan kepada 18 tahun.

Bungsu dipetik sebagai berkata, individu elok dibenarkan berkahwin awal sesuai hukum syarak, malah mencadangk­an had usia diturunkan kepada masing-masing 14 dan 16 bagi remaja perempuan dan lelaki.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyatakan hasrat kerajaan menaikkan had umur minimum perkahwina­n kepada 18 tahun.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga dilaporkan berkata, beliau mempengeru­sikan mesyuarat pada 13 September lalu untuk membincang­kan isu berkenaan bersama pihak berkepenti­ngan berkaitan.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri mengambil kira pandangan semua pakar berkaitan perkara itu sebelum ia menjadi rang undang-undang.

Pada majlis berkenaan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Jabatan Pendidikan Sabah, Mohd Rafee Mohamad yang mewakili negeri ini, menjadi juara pidato kenegaraan peringkat kebangsaan.

Tempat kedua Anis Hazirah Zakaria (Terengganu) dan ketiga, Nurfatin Syahira Zolkafli (Negeri Sembilan).

Kemenangan itu membolehka­n Mohd Rafee, 30, menerima wang tunai RM3,000 dan piala pusingan.

 ??  ?? JOHAN Pertanding­an Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan, Mohd Rafee Mohamad bersama peserta lain selepas majlis penyampaia­n hadiah di University Teknologi Mara (UiTM), Kota Kinabalu, semalam.
JOHAN Pertanding­an Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan, Mohd Rafee Mohamad bersama peserta lain selepas majlis penyampaia­n hadiah di University Teknologi Mara (UiTM), Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia