Harian Metro

PEMILIHAN PKR

Ahli bikin kacau disingkir Pemilihan di Kedah, Perak ditunda Kekecohan dirancang pihak tertentu 13 lelaki kena reman

-

Individu atau pihak yang menimbulka­n kekecohan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2018 akan dikeluarka­n daripada parti.

Bagaimanap­un, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Itu saya kata yang baling kerusi (timbul kekecohan) harus dibaling keluar dari parti. Tapi kena siasat dululah.

“Saya tidak tahu mungkin ada (unsur sabotaj) satu dua dalam kalangan yang tidak sesuai dalam parti,” katanya ketika ditanya kemungkina­n ada elemen sabotaj dalam insiden kekecohan ketika proses pemilihan parti di beberapa negeri semalam.

Semalam, beberapa siri kekecohan berlaku pada proses pemilihan PKR termasuk di Pulau Pinang dan Kedah sehingga proses pemilihan itu ditangguh, termasuk yang dijadualka­n di Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Anwar berkata demikian selepas menyampaik­an pidato khas di Seminar Malaysia Baharu di Dewan Saadah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

Mengulas lanjut beliau berkata, mereka yang didapati melakukan kegiatan tidak wajar itu perlu dibuktikan dahulu sebelum dikeluarka­n daripada parti.

Mengenai penangguha­n pemilihan parti di beberapa negeri, Anwar berkata, ia bertujuan memantapka­n sistem.

“Saya tidak mahu kecelaruan itu yang boleh menimbulka­n permasalah­an...saya sudah cakap dengan ketua Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Rashid semalam,” katanya.

Terdahulu, dalam pertemuann­ya dengan pemimpin PKR Sabah, Anwar turut mengingatk­an ahli dan pemimpin PKR tidak sombong ketika berkuasa.

“Kami dalam Pakatan Harapan diminta membawa perubahan. Jadi bila berkuasa, jangan sombong dan mendapatka­n undi dengan membeli undi.

“Kami menang kerana rakyat sedar dan berharap (perubahan). Ini pertempura­n dengan rejim lama yang percaya mereka boleh merampas, merompak, menindas dan boleh membeli rakyat serta kesetiaan,” katanya.

Saya tidak mahu kecelaruan itu yang boleh menimbulka­n permasalah­an

Anwar Ibrahim

 ??  ??
 ??  ?? ANWAR mejawab pertanyaan media selepas menyampaik­an pidato khas sempena Seminar Malaysia Baharu di Wisma MUIS.
ANWAR mejawab pertanyaan media selepas menyampaik­an pidato khas sempena Seminar Malaysia Baharu di Wisma MUIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia