Harian Metro

BUDAK TAHFIZ LUMPUH DAPAT RM4.3J

„ Pengasas Maahad Tahfiz al-Hashimi tidak mahu perjuangan agama terhenti, fail rayuan

- Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Saya sendiri tidak mahu keluarga serta anak cucu yang bakal meneruskan tahfiz ini kecewa dan tidak mahu teruskan perjuangan Islam dan negara”

Adnan

Kota Bharu

“Saya terima keputusan mahkamah dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian Allah,” demikian luahan Pengasas Maahad Tahfiz al-Hashimi Datuk Adnan Hashim ketika mengulas keputusan mahkamah memerintah­kan beliau membayar RM4.3 juta kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan Jun tahun lalu.

Adnan berkata, beliau akan membuat rayuan kerana tidak mahu apa yang berlaku terhadap maahad tahfiz miliknya akan menggagal atau menurunkan semangat usaha dibuat pejuang agama terutama dalam bidang tahfiz.

“Saya sendiri tidak mahu keluarga serta anak cucu yang bakal meneruskan tahfiz ini kecewa dan tidak mahu teruskan perjuangan Islam dan negara.

“Pengajian di maahad tahfiz saya sistematik dan hasrat untuk menubuhkan maahad ini untuk melahirkan anak bangsa menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.

“Alhamdulil­lah, saya dikurniaka­n rezeki yang cukup untuk mendidik anak ini secara percuma,” katanya yang mengetahui keputusan mahkamah itu sebaik tiba di London atas urusan perniagaan.

Adnan yang memuat naik video di Facebook itu berkata, beliau amat kecewa dengan keluarga mangsa yang sudah dipujuk, malah kos pembedahan sepanjang berada di hospital juga ditanggung pihaknya.

“Selepas keluar hospital, saya menempatka­n mangsa dan keluargany­a di rumah khas kerana hasrat saya untuk menjadikan mangsa sebagai duta al-Quran apabila dia sembuh dan alhamdulil­lah keadaannya semakin baik.

“Muhammad Faiz Hafizuddin dan keluargany­a keluar dari rumah maahad tahfiz pada Jun lalu dan terjawabla­h persoalan kami kenapa mereka keluar.

“Saya menganggap ini semua ujian Allah dan semoga tindakan seterusnya yang dilakukan dirahmati Allah,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah­kan Maahad Tahfiz al-Hashimi di Kuala Krai membayar ganti rugi am dan khas kerana kecuaian berjumlah RM4.3 juta, kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan pada Jun tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail memerintah­kan tiga defendan iaitu pemandu van, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, CT-One Corporatio­n Sdn

Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi bertanggun­gjawab secara vikarius dengan membayar kos itu kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18.

Jumlah berkenaan termasuk ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang retak saraf tunjang sehingga menyebabka­n mangsa lumpuh seumur hidup serta kos pembelian lampin pakai buang, tiub makanan dan jururawat persendiri­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAMESWARY membacakan keputusan kemenangan kepada Muhammad Faiz sekeluarga.
KAMESWARY membacakan keputusan kemenangan kepada Muhammad Faiz sekeluarga.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia