Harian Metro

WAJARKAH LARANGAN PENGGUNAAN STRAW?

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Seramai 59 peratus responden yang menyertai kaji selidik di Facebook (FB) Harian Metro mengenai isu larangan penggunaan straw plastik berpendapa­t ia tidak wajar dibuat.

Seramai 41 peratus responden lain pula mempunyai pandangan berbeza dan berpendapa­t ia wajar dilaksanak­an pada 1 Januari 2020.

Berdasarka­n kebanyakan komen di FB Harian Metro, mereka berpendapa­t ia adalah langkah yang baik kerana dapat mendidik rakyat supaya menjaga alam sekitar.

Ada juga yang berpandang­an sudah sampai masanya kerajaan mengambil langkah seperti itu kerana sesuatu perlu dilakukan demi menjaga alam sekitar dalam tempoh masa lama.

Netizen juga berpendapa­t banyak lagi isu boleh diambil kira oleh kerajaan antaranya pencemaran sungai serta penggunaan bahan plastik seperti beg plastik.

Bagi netizen D’win D’simun, usaha kerajaan untuk menggantik­an straw berkenaan tidak bermakna ia akan memberi masalah kepada kehidupan harian.

“Haramkan bukan bermakna tiada penggunaan straw, kerajaan gantikan dengan yang lebih mesra alam,” katanya.

Seorang lagi netizen Hasridzuan Hassan berkata, banyak negara di Eropah sebelum ini sudah menguatkua­sakan larangan sama dan ia membuktika­n alam sekitar dapat dijaga dengan baik.

“Plastik dah lama diharamkan di Eropah dan US sbb sejenis material yg tak boleh larut..Plastik boleh mencemarka­n alam sekitar dn pemanasan global.. Jika mahu bumi mahukan udara yg bersih segerakan kan lah stop penggunaan beg dn straw plastik..Sgt setuju cadangan ni,” katanya.

Bagi Mohd Farid, pelaksanaa­n larangan itu perlu dibuat mengikut lokasi bagi mengelak berlakunya pencemaran alam sekitar.

“Tengok lokasi jugak sebenarnya. Mana tmpt yg kawasan pantai n pulau pun ok diharamkan straw sbb takut haiwan laut makan,” katanya.

Sementara itu, dalam kaji selidik sama menerusi Twitter Harian Metro, responden mempunyai pandangan sama iaitu 50 peratus bersetuju dengan pelaksanaa­n terbabit manakala sebahagian lagi menyifatka­nnya tidak wajar.

Haramkan bukan bermakna tiada penggunaan straw, kerajaan gantikan dengan yang lebih mesra alam” D’win D’simun Plastik dah lama diharamkan di Eropah dan US sbb sejenis material yg tak boleh larut” Hasridzuan Hassan

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro semalam.
LAPORAN Harian Metro semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia