Harian Metro

‘SHAHRUKH KHAN’ MATI TERSEPIT LIF

„ Mangsa meninggal di tingkat tiga restoran

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@nstp.com.my

“Saya dan rakan sedang makan sebelum dikejutkan dengan kehadiran anggota polis dan bomba.

“Kami tidak mengetahui apa berlaku hingga seorang pekerja memberitah­u ada mangsa tersepit lif di tingkat atas,” kata seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rafiq, 34.

Menurutnya, dia dan beberapa pelanggan lain terpaksa keluar bagi membolehka­n anggota polis dan bomba melakukan tugas mereka manakala pemilik restoran terpaksa menutup premis.

“Ketika itu, orang ramai juga mula mengerumun­i kawasan berkenaan kerana mahu melihat apa yang berlaku,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 pagi, semalam, seorang remaja lelaki maut selepas tersepit di lif barang tingkat tiga sebuah restoran di Jalan Penang, di sini.

Mangsa, Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19, yang bekerja sebagai penghantar ayam meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat sukar bernafas.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan menghantar ayam di restoran terbabit dan menggunaka­n lif berkenaan untuk mengangkat barang dibawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pihaknya terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat untuk mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit.

“Hasil siasatan awal, kita mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kes ini.

“Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asi sebagai mati mengejut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SHAHRUKH Khan maut selepas tersepit di lif pengangkut barang di tingkat tiga sebuah restoran di Jalan Penang, semalam.
SHAHRUKH Khan maut selepas tersepit di lif pengangkut barang di tingkat tiga sebuah restoran di Jalan Penang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia