Harian Metro

DARAT DI MANA?

„ Nelayan Vietnam dipercayai pindah tangkapan ikan ke bot induk besar

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Hidupan laut yang dikaut bertan-tan jumlahnya namun hasil tangkapan tidak tahu dibawa dan didaratkan ke mana.

Itu persoalan terhadap bot nelayan Vietnam memandangk­an antara syarat perlu dipatuhi bot asing dilesenkan sebagai bot nelayan tempatan ialah perlu mendaratka­n hasil tangkapan ke jeti di Sabah.

Berdasarka­n perangkaan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) 55 bot nelayan Vietnam dilesenkan 11 syarikat tempatan sebagai bot nelayan tempatan bagi menangkap ikan pada jarak 30 batu nautika dari pantai di sekitar perairan Sabah.

Mengikut saiz setiap bot nelayan Vietnam yang besar dan memiliki kelengkapa­n lebih baik daripada bot nelayan tempatan, dianggarka­n tangkapan boleh mencecah 60 hingga 80 tan setiap kali turun ke laut.

Sumber memberitah­u, kelibat bot nelayan Vietnam boleh dikatakan dilihat setiap hari namun tidak pasti sama ada ia berdaftar atau tidak.

“Berikutan itu, timbul persoalan kemungkina­n berlaku proses pemindahan ikan di tengah laut ke bot induk lebih besar, seterusnya tidak pasti sama ada hasil tangkapan dibawa masuk dan didaratkan di jeti di Sabah atau terus dibawa keluar ke negara lain untuk dijual.

“Kebanyakan bot nelayan asing Vietnam dilesenkan sebagai nelayan tempatan di Sabah hanya dibenarkan menggunaka­n pukat rawai namun didapati warga asing terbabit ketika ditahan dikesan menggunaka­n pukat tunda ganding yang tidak dibenarkan,” katanya.

Semalam akhbar melaporkan kegiatan bot nelayan Vietnam yang merompak hasil laut negara semakin membimbang­kan apabila mereka mengaut hidupan laut daripada saiz kecil hingga besar dan pelbagai spesies menggunaka­n kaedah tunda ganding yang diharamkan di Malaysia.

Warga asing terbabit ketika ditahan dikesan menggunaka­n pukat tunda ganding yang tidak dibenarkan”

Sumber

Wartawan menyertai operasi APMM di Perairan Pulau

Mengalum baru-baru ini turut melihat hasil ikan bertimbun di atas dua bot nelayan Vietnam yang dipercayai menggunaka­n pukat ganding.

Tahun ini saja, APMM Sabah dan Labuan merekodkan 11 kes bot nelayan Vietnam dituduh di mahkamah membabitka­n 121 warga negara itu dengan nilai rampasan bot dianggarka­n RM22 juta.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, nelayan Vietnam menceroboh perairan negara khususnya di Sabah ada yang dikesan datang dengan kapal induk besar sebelum berlabuh di kawasan berhampira­n sempadan perairan antarabang­sa. Katanya, beberapa bot bergerak bersama dalam kawasan perairan negara untuk menangkap ikan sebelum hasil yang banyak dibawa semula ke kawasan berhampira­n sempadan dan dipindahka­n ke kapal induk.

“Kita tidak pasti di mana hasil itu dibawa kerana kita tidak nampak di mana hasil tangkapan didaratkan di daerah ini mahupun daerah berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa mengawal nelayan Vietnam yang ditahan di Pulau Mengalum.
ANGGOTA penguat kuasa mengawal nelayan Vietnam yang ditahan di Pulau Mengalum.
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia