Harian Metro

Pelajar maut kereta mewah terbabas

-

Taiping: Seorang pelajar sekolah maut, manakala rakannya patah tangan kiri apabila kenderaan mewah model Nissan Fairlady dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 13.6, Jalan Kuala Sepetang-Taiping, berhampira­n Larut Tin, di sini.

Dalam kemalangan jam 11.30 malam kelmarin, pemandu, Muhammad Qhairuldin Shah Yaakop ,17, dari Taman Pengkalan Cemerlang, Simpang, maut di lokasi kejadian.

Sementara rakannya, Ahmad Aliff Nurzikry Ahmad Hazlie, 16, dari Taman Anjung Semar, di sini, parah dan tangan kirinya patah.

Dipercayai, kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan dinaiki akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, siasatan mendapati kenderaan dari arah Taiping menghala Simpang terbabas dan merempuh pembahagi jalan di lokasi kejadian.

“Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Taiping untuk dibedah siasat termasuk mangsa yang parah dibawa ke hospital sama untuk tindakan susulan,” katanya.

Mohamad berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Penolong Bomba Kanan (PBK) II, Mazli Mutallib berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati dua mangsa berada di atas jalan raya selepas tercampak daripada kenderaan jenis Nissan Fairlady yang dinaiki mereka.

 ??  ?? KERETA Nissan Fairlady yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan, semalam.
KERETA Nissan Fairlady yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia