Harian Metro

Budak didakwa diliwat sebenarnya jatuh tangga

-

Polis menafikan berlaku kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun diliwat lelaki orang kurang upaya (OKU) seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfield­s Superinten­dan Arifai Tarawe berkata, kanak-kanak terbabit sebenarnya terjatuh di tangga dari tingkat 20 ke tingkat 19 di Flat Kondo Rakyat, Pantai Dalam pada 12 September lalu.

Katanya, sehingga kini mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dinasihatk­an berehat.

“Kes dilaporkan itu tidak betul. Memang ada kejadian kanak-kanak jatuh dari tangga tingkat 20 ke tingkat 19 di Kondo Rakyat, tetapi bukan diliwat dan dicampak lelaki OKU sakit mental.

“Bagaimanap­un, siasatan dijalankan sehingga rakaman percakapan mangsa diambil kerana buat masa ini pegawai perubatan yang merawatnya menasihatk­an mangsa berehat,” katanya di sini, semalam.

Kelmarin, sebuah portal berita tempatan melaporkan kanak-kanak lelaki tidak dapat menduduki Ujian Peperiksaa­n Sekolah Rendah (UPSR) selepas diliwat dan dicampak di tangga dari tingkat 20 ke tingkat 19 sebuah flat di Pantai Dalam.

Laporan itu memetik kenyataan aktivis Komuniti Harmoni Kita (KHK), Fazrysham Kamran yang berhubung dengan keluarga mangsa bahawa pelaku adalah pesakit mental berusia 34 tahun dan memiliki kad OKU.

“Mangsa dipaksa ke tingkat 20 dan menonton beberapa video klip lucah di dalam telefon bimbit suspek. Selepas itu, mangsa dipaksa meniru adegan sama,” lapor portal berkenaan.

Menurut Fazrysham kejadian berlaku 12 September lalu dan pelaku bukan saja membuli secara seksual, tetapi cuba mencederak­an mangsa.

“Ada saksi sekitar ternampak mangsa dilambung dari tingkat 20 dan terjatuh ke tingkat 19,” katanya.

Laporan itu turut menyebut yang mangsa cedera pada otak akibat gegaran kerana terjatuh dan koma selama seminggu sebelum dilaporkan sedar. Bagaimanap­un, mangsa perlu dibantu untuk bergerak atau membuang air.

Berita itu turut menyatakan ia bukan pengalaman ngeri pertama buat kanak-kanak berusia 12 tahun terbabit berikutan pernah diganggu serta dibuli secara seksual oleh suspek sama sejak 2017.

 ??  ?? MANGSA dirawat di PPUM dan dinasihatk­an berehat.
MANGSA dirawat di PPUM dan dinasihatk­an berehat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia