Harian Metro

Tuah lagu Kau Kekasihku

-

Kuala Lumpur: Lagu Kau Kekasihku nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa tuah buat penyanyi Syafeek Ikhwan, 30, yang akhirnya dinobatkan sebagai juara dunia pertanding­an nyanyian i-Sing World 2018 kategori solo di Paris, kelmarin.

Dengan kemenangan itu, Syafeek menerima hadiah wang tunai RM10,333.50 (AS$2,500), trofi dan tiket penerbanga­n ke Sepanyol untuk membuat persembaha­n pada pentas akhir i-Sing World 2019.

“Cabaran utama saya dari segi perbezaan masa dengan Malaysia dan kena biasakan dengan dalam tempoh sehari saja sebaik sampai ke Paris.

“Pertanding­an pula berlangsun­g pada jam 1 sehingga 5 pagi waktu Malaysia dan setiap peserta sangat hebat.

“Ketika diumumkan dapat masuk pentas akhir pun saya sudah gembira,” kata Syafeek dihubungi Harian Metro, lewat pagi semalam.

Seramai 44 peserta dari seluruh dunia bertanding serta perlu melalui tiga pusingan kelayakan sebelum hanya 18 peserta diumumkan layak ke pentas akhir.

Pada pusingan pertama Syafeek menyanyika­n lagu Perancis berjudul

(nyanyian asal Lara Fabian), pusingan kedua menyanyika­n lagu Salam Terakhir (Datuk Sudirman Arshad) dan pusingan ketiga (Frank Sinatra).

Pada 16 Ogos lalu

Harian Metro melaporkan penyanyi lagu Teka Teki ini memerlukan dana sokongan bagi menampung kos persediaan untuk menyertai pertanding­an akhir acara itu.

Malangnya, usaha untuk mendapatka­n dana daripada beberapa syarikat swasta dan agensi kerajaan tidak berjaya.

“Apa sekali pun saya berterima kasih kepada semua peminat, keluarga dan rakan-rakan yang sudi membantu baik dari segi kewangan atau tajaan pakaian.

“Saya juga mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada

Datuk Seri Jessy Lai dari Monspace yang sudi menaja wang tunai bagi memudahkan urusan saya selain pihak i-Sing Malaysia kerana percayakan bakat saya,” katanya terharu.

 ??  ?? SYAFEEK
SYAFEEK
 ??  ?? BEN Ladin
BEN Ladin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia