Harian Metro

Peluang sama rata

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

„ FINAS perlu lihat idea, kualiti bagus bangun industri filem

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seharusnya mengamalka­n konsep terbuka membantu penggiat seni tidak kira lama atau baru bagi membangunk­an industri perfileman negara.

Pengarah muda dan penulis skrip, Ikhwansha Hazer berkata, peluang sama rata perlu diberikan kepada semua pembikin filem bukan hanya fokus kepada pengalaman semata-mata, malah melihat kepada idea yang bagus.

“FINAS jangan hanya fokus dan bantu pengarah yang sudah jual filem berjuta ringgit saja kerana mereka sudah ada nama dan duit jadi boleh hasilkan filem dengan duit sendiri.

“FINAS patut lebih fokus kepada kualiti filem itu sendiri kerana itu yang akan menjulang dan mengangkat industri.

“Jadi, pemberian dana perlu diberikan sama rata kepada penggiat filem yang layak dan mempunyai idea bagus tidak kira sama ada mereka pengarah baru atau tidak bernama,” katanya filem pertama arahannya, bakal ditayangka­n tahun depan.

Menurutnya, sikap industri yang sentiasa mengangkat dan menjulang pengarah sedia ada menyebabka­n corak dan jalan cerita filem Malaysia kekal pada tahap sama sejak 20 tahun dulu.

“Industri yang baik adalah industri yang sentiasa berevolusi seperti industri di Korea dan Perancis yang saban tahun menghasilk­an filem baru lebih segar dan lain daripada lain hasil idea pengarah baru yang diberi peluang sama rata di sana.

“Bukan pengarah sedia ada ini tidak bagus, ramai yang bagus, cuma lebih baik kalau industri ini diwarnai dengan pelbagai genre filem dari hasil sentuhan idea yang pelbagai,” katanya.

Katanya, penambahba­ikan boleh dilakukan dengan mewujudkan satu bahagian dana khusus untuk pengarah baru berbanding prosedur permohonan dana sedia ada yang mana pemohon dinilai dari borang saja.

“Cara permohonan sedia ada sekarang ini menyukarka­n pengarah baru untuk memohon kerana dalam borang itu hanya ada satu ruangan kecil saja untuk diisikan mengenai sinopsis filem, manakala bahagian lain lebih fokus kepada latar belakang syarikat, bajet, projek terdahulu, duit dalam syarikat dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, pengarah filem Nik Amir Mustapha pula berkata, bantuan dana perlu diberikan kepada pembikin filem yang mempunyai naskhah jalan cerita unik, bagus, pelbagai dan cerita alternatif yang berkeupaya­an menaikkan industri.

“Jika hendak beri dana pilih siapa yang layak seperti mempunyai merit cerita yang pelbagai dan unik, cerita yang mungkin tidak dapat dibuat tanpa bantuan dana seperti cerita dengan plot lain dari kebiasaan di Malaysia atau berisiko tetapi ada mesej bagus,” katanya.

 ??  ?? IKHWANSHA
IKHWANSHA
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 17 September lalu.
LAPORAN Harian Metro 17 September lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 15 September lalu.
LAPORAN Harian Metro 15 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia