Harian Metro

Cantas jenayah tersusun rentas negara

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim am@hmetro.com.my

Pusat Memerangi Rasuah dan Kroni (C4) berpandang­an masalah penyeludup­an rokok hanya boleh ditangani dengan lebih efektif sekiranya membabitka­n kerjasama antara negara serantau berikutan ia adalah jenayah tersusun membabitka­n operasi rentas negara.

Pengasas yang juga Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata, ketika ini adalah masa sesuai untuk Malaysia menggunaka­n pengaruh besar dalam kalangan negara ASEAN bagi memulakan perancanga­n strategik melumpuhka­n kegiatan sindiket itu.

Menurutnya, langkah memerangi jenayah penyeludup­an rokok yang kerap dikaitkan dengan isu rasuah dalam kalangan penguat kuasa juga bertepatan dengan kehendak politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahukan pentadbira­n kerajaan bersih, sekali gus boleh menaikkan imej negara.

“Selepas pertukaran pemerintah­an di negara kita,

„ Masa sesuai guna pengaruh besar lumpuhkan sindiket penyeludup­an rokok rentas sempadan

ini kami sifatkan tepat pada masanya bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH) membina langkah menangani masalah jenayah terancang itu selain membina juga bekerjasam­a dengan negara serantau untuk tujuan sama.

“Rangkaian penyeludup­an rokok yang turut membabitka­n jenayah lain seperti sindiket pengedaran dadah dan senjata api serta pemerdagan­gan manusia bukan saja beroperasi secara ‘gelap’ di negara kita malah negara kejiranan.

“Jadi, rancangan strategik perlu dirangka merentas sempadan sekiranya serius mahu hentikan rangkaian jenayah terancang membabitka­n organisasi sulit berkenaan,” katanya.

Menurutnya, penyeludup­an rokok antara industri gelap yang berkembang pesat di Asia Tenggara disebabkan isu rasuah serta penyelewen­gan kuasa.

Bukan rahsia lagi, katanya, di belakang sindiket ada ‘tangan ghaib’ dalam kalangan penguasa yang membantu melancarka­n kegiatan haram itu berikutan ia membabitka­n urus niaga berbilion wang.

“Buat masa sekarang sistem antarabang­sa untuk tangkap dan mendakwa penjenayah dalam rangkaian sindiket penyeludup­an rokok masih kurang lengkap dari segi undang-undang dan pelaksanaa­nnya.

“Hukuman yang cukup berat perlu dirangka dan selaras untuk setiap ahli ASEAN supaya sindiket tidak berupaya lagi menjalanka­n aktiviti yang jelas merosakkan masyarakat itu,” katanya.

Cynthia berkata, pasukan penguatkua­saan di dalam negara pula perlulah melakukan operasi memerangi sindiket itu secara telus dan tak boleh ada istilah kambing hitam untuk melindungi yang lain.

 ?? Cynthia Gabriel ?? Buat masa sekarang sistem antarabang­sa untuk tangkap dan mendakwa penjenayah dalam rangkaian sindiket penyeludup­an rokok masih kurang lengkap dari segi undang-undang dan pelaksanaa­nnya”
Cynthia Gabriel Buat masa sekarang sistem antarabang­sa untuk tangkap dan mendakwa penjenayah dalam rangkaian sindiket penyeludup­an rokok masih kurang lengkap dari segi undang-undang dan pelaksanaa­nnya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia