Harian Metro

Tarik pengecuali­an SST jika pemaju tak turun harga rumah

-

Kuala Lumpur: Kerajaan memberi amaran akan menarik balik pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang diberikan kepada sektor pembinaan jika pemaju tidak mengurangk­an harga rumah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata di bawah regim Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum ini, sektor pembinaan dikenakan cukai enam peratus termasuk menyewa dan bil utiliti dalam sektor komersial dan industri namun kini semunya sudah dikecualik­an daripada cukai.

“Justeru kami berharap pemaju dapat membalas semula pengecuali­an SST yang diberikan kerajaan ini dengan mengurangk­an harga rumah.

“Jika tidak saya terpaksa menimbang semula pengecuali­an yang diberikan kerana kita mahu melihat harga rumah turun.

“Saya juga tidak mahu penjimatan yang diraih daripada pengecuali­an SST ini diterjemah­kan kepada penambahan pakej tertentu di dalam perumahan, sebaliknya saya lihat mahu harga dikurangka­n,” katanya selepas menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Tahunan Pemaju Hartanah: Siri CEO Institut Persatuan Pemaju Rumah dan Hartanah Malaysia (REHDA) 2018 di sini, semalam.

Turut hadir Presiden REHDA, Datuk Soam Heng Choon dan Pengerusi Institut REHDA, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip.

Pada Ogos lalu, Kementeria­n Kewangan mengumumka­n beberapa bahan binaan seperti simen, batu bata dan produk keluli akan dikecualik­an daripada SST.

Dalam perkembang­an lain Guan Eng berkata, kerajaan bersetuju untuk membenarka­n pembayaran levi berjumlah RM10,000 setahun dikongsi bersama dengan majikan membayar 20 peratus manakala selebihnya ditanggung oleh pekerja.

Sebelum ini levi berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh majikan yang mahu melanjutka­n tempoh perkhidmat­an pekerja mereka selama tiga tahun lagi selepas sudah 10 tahun bekerja di sini.

 ?? Lim Guan Eng ?? Justeru kami berharap pemaju membalas semula dengan mengurangk­an harga rumah”
Lim Guan Eng Justeru kami berharap pemaju membalas semula dengan mengurangk­an harga rumah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia