Harian Metro

Jadual ketat Dr M

-

„ Jumpa PM Britain, Emir Qatar serta Presiden Sri Lanka

Perdana Menteri Britain Theresa May, dijadual menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di luar persidanga­n Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di sini, esok.

May akan mengunjung­i Perdana Menteri bagi membincang­kan beberapa isu hubungan dua hala.

Dr Mahathir dijangka tiba di sini, hari ini.

Ia adalah pertemuan pertama dua rakan sejawatan itu selepas Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, Mei lalu.

Mempunyai jadual ketat di New York, Dr Mahathir akan memulakan lawatan dengan menemui Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani, hari ini.

Selain May, Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dengan Presiden Iran Hassan Rouhani.

Antara lain, mereka dijangka membincang­kan perkembang­an semasa di Asia Barat.

Presiden Sri Lanka Maithripal­a Sirisena turut dijadual bertemu Dr Mahathir esok.

Beberapa wawancara turut dijadualka­n bersama media antarabang­sa seperti Washington Post, The Wall Street Journal dan TRT World, selain sesi dialog dengan pelabur serta pengurus dana dan Majlis Hubungan Antarabang­sa.

Dr Mahathir juga akan menghadiri Forum Perniagaan Bloomberg tahunan kedua, berucap pada sesi Masyarakat Asia dan majlis makan malam bersama Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN serta Dewan Perniagaan AS selain diaspora Malaysia di New York.

Kemuncak lawatan Perdana Menteri ialah berucap menyampaik­an kenyataan Malaysia pada perbahasan umum UNGA Jumaat ini kira-kira 15 tahun selepas kali terakhir beliau menaiki podium PBB.

Pada majlis makan malam di Kedutaan Malaysia di sini kelmarin, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Dr Mahathir antara lain bakal menggarisk­an kerangka dasar luar kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Saifuddin turut mempunyai jadual padat di sini, termasuk menemui rakan sejawat dari Sudan Dr Dirdeiry M Ahmad.

Selain Saifuddin, Dr Mahathir turut diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kanan kerajaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia