Harian Metro

Kongsi ilmu bencana kepada kanak-kanak

-

Penaga: Kanak-kanak perlu diberi pendidikan mengenai bencana sebagai persediaan berdepan sebarang kemungkina­n bencana alam sama ada sebelum semasa atau selepas ia berlaku.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, program pendidikan awal dan pendedahan mengenai bencana yang dilaksanak­an Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) memberi banyak manfaat kepada mereka.

“Program yang menyasarka­n golongan kanak-kanak di peringkat prasekolah ini mampu menyediaka­n diri mereka ketika berdepan bencana.

“Sebelum ini kita beranggapa­n Malaysia antara negara yang terselamat daripada sebarang bencana, malah sebelum 26 Disember 2004 tidak ramai yang pernah mendengar perkataan tsunami.

“Atas faktor itu, tiada kesiapsiag­aan terutama daripada masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan 18 Unit Gerai di Penempatan Semula Mangsa Tsunami Kuala Muda, Taman Desa, Kuala Muda di sini, semalam.

Dr Wan Azizah berkata, walaupun kejadian seperti tsunami bukan bencana yang sering berlaku, latihan amal simulasi perlu dilaksanak­an secara berkala supaya ia dapat diterapkan kepada masyarakat terutama kanak-kanak.

“Program Pengurusan Risiko Bencana yang berlangsun­g hari ini adalah program bersepadu di peringkat daerah, negeri dan persekutua­n yang membabitka­n pihak kerajaan, swasta dan penduduk setempat,” katanya.

 ??  ?? DR Wan Azizah berucap pada Program Kesedaran Awam Pengurusan Bencana dan Majlis Penyerahan 18 Unit Gerai di Penempatan Mangsa Tsunami Kuala Muda.
DR Wan Azizah berucap pada Program Kesedaran Awam Pengurusan Bencana dan Majlis Penyerahan 18 Unit Gerai di Penempatan Mangsa Tsunami Kuala Muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia