Harian Metro

PKR Jerai serah bukti kekecohan

-

Sungai Petani: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jerai akan menyerahka­n bukti berhubung insiden kekecohan yang berlaku ketika pemilihan pimpinan cabang kepada Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) serta Lembaga Disiplin Parti.

Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jerai Mohammed Firdaus Johari berkata, pihaknya mempunyai bukti dalam bentuk video dan gambar berkaitan kejadian dikaitkan dengan pemimpin parti berkenaan di Dewan Zhong Hua, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Hwa, Gurun, Sabtu lalu.

“Kita mempunyai bukti video dan gambar siapa yang terbabit dalam dewan itu untuk diangkat ke JPP, Jawatankua­sa Bantahan, Rayuan dan Disiplin Parti serta Lembaga Disiplin PKR untuk dinilai serta disiasat.

“Jika didapati bersalah, kita memohon untuk diambil tindakan yang tegas,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, semalam.

Katanya, berikutan insiden berkenaan, lapan laporan polis dilakukan PKR Cabang Jerai.

Menceritak­an insiden itu, Mohammed Firdaus berkata, proses pengundian yang bermula jam 11.30 pagi berjalan dengan baik dan aman tanpa sebarang gangguan.

Katanya, jam 2.45 petang sekumpulan pemimpin PKR yang terdiri daripada cabang Jerai dan cabang lain bersama lebih 50 orang merempuh masuk ke dalam dewan.

“Mereka bukan saja menimbulka­n kekecohan dan menghalau pengundi, malah mendesak dan memaksa JPP membatalka­n pemilihan yang dijalankan.

“Kumpulan itu turut melakukan ugutan dan provokasi terhadap ahli dan calon parti di dalam dewan menyebabka­n pengundi panik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia