Harian Metro

Tunggu siasatan polis selesai

-

Kulim: PKR menunggu siasatan polis selesai terlebih dulu sebelum sebarang tindakan diambil ke atas ahli yang melanggar disiplin berhubung kekecohan pada pemilihan parti itu Sabtu lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, hingga kini, kes masih dalam siasatan polis dan parti sedang menunggu laporan kejadian itu.

Katanya, pendekatan mengambil tindakan ke atas ahli parti pada masa sekarang tidak sesuai kerana lebih baik menunggu siasatan polis selesai dulu.

“Dalam isu ini, jika ia mempunyai kaitan dengan salah laku disiplin maka jawatankua­sa disiplin parti akan mengambil tindakan selanjutny­a.

“Pada pandangan saya, hingga kini, parti hanya diberitahu ada penahanan ahli parti oleh polis, jadi biar proses (siasatan) itu berjalan dulu,” katanya ketika di temui media selepas majlis perasmian Jelajah Pendidikan Luar Bandar dan Tuisyen MARA 2018 Peringkat Daerah Kulim/Bandar Baharu di Dewan Kolej MARAKulim di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah MARA Kedah, Yahya Sani dan Ketua Pegawai Korporat Celcom Axiata Berhad, Zuraida Jamaluddin.

Saifuddin Nasution mengulas mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli PKR yang dibuktikan menyebabka­n kekecohan pada pemilihan parti itu akan dibuang.

Beliau berkata, apa yang disuarakan Anwar itu difahaminy­a iaitu jika jelas berlaku pelanggara­n disiplin, maka jawatankua­sa disiplin boleh mengambil tindakan sewajarnya.

Mengulas mengenai kekecohan yang berlaku pada pemilihan parti, Saifuddin Nasution berkata, akan ada penambahba­ikan untuk pemilihan akan datang.

“Sudah tentu ada banyak ruang penambahba­ikan yang akan kami bincang malam esok ketika parti mengadakan mesyuarat Biro Politik mingguan,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR mengambil peluang berswafoto dengan Saifuddin di Dewan Kolej Mara Kulim, semalam.
PELAJAR mengambil peluang berswafoto dengan Saifuddin di Dewan Kolej Mara Kulim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia