Harian Metro

Nisan bukti tanda ‘kuasa’

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@nstp.com.my

Kubur Tok Tua atau Datuk Laut di Kampung Lekuk Dalam, di sini, kemungkina­n adalah lokasi jasad Panglima Awang dikebumika­n berdasarka­n penceritaa­n penduduk tempatan dan sejarah penubuhan institusi Rembau pada 1540.

Pengkaji sejarah tempatan, Mohd Khairil Hisham berkata, Rembau sebuah kawasan penempatan pembesar dan tidak mustahil ia menjadi pusat dagangan dan pembekal rempah serta emas kepada Melaka ketika zaman dahulu.

Mohd Khairil berkata, kawasan berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya 10 kubur tidak bertanda dipercayai kemungkina­n milik pembesar atau tokoh di Rembau dan ada antaranya berada di kawasan hutan serta ladang kelapa sawit tanpa dilakukan kajian secara serius.

“Kubur berkenaan memerlukan penelitian berdasarka­n garis masa bagi mengesahka­n kemungkina­n ia sama dengan zaman Panglima Awang.

“Jika diikutkan ada dua tokoh di Rembau yang berkemungk­inan Panglima Awang iaitu Datuk Laut dan Datuk Laut Dalam yang diberi gelaran terbabit berdasarka­n kepada kemahiran serta kebolehan mereka ketika berada di lautan,” katanya.

Menurutnya, batu nisan yang digunakan juga berbeza

„ Dua tokoh Rembau kemungkina­n Panglima Awang

iaitu berbentuk leper merujuk kepada lelaki manakala bulat pula adalah perempuan.

“Hal ini kerana institusi Rembau mengangkat wanita sebagai pemimpin atau golongan yang dihormati malah hanya daripada keturunan mereka yang layak diangkat sebagai pemimpin,” katanya.

Sementara itu, Penyelidik Pusat Penyelidik­an Perancis di Timur Tengah, Prof Dr Daniel Perret berkata, beliau tidak dapat menentukan tarikh dan pemilik kubur berkenaan kerana memerlukan kajian terperinci berikutan ia tidak bertanda atau tiada nama.

“Ada antara kubur pembesar atau tokoh pada zaman dahulu menggunaka­n batu sungai saja dan nama si mati tidak diukir.

“Jika diikutkan ada puluhan jenis batu nisan di kawasan Tanah Melayu yang digunakan bagi menentukan status serta pemilik kubur berkenaan sama ada daripada kalangan rakyat biasa atau tokoh dihormati,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia