Harian Metro

Berusaha sebelum tawakal

-

Menurutnya, kes sedemikian dikesan hasil kunjungan dari bilik ke bilik yang dilakukan bertujuan memberi khidmat nasihat serta memantau jika ada jemaah yang memerlukan rawatan.

Itu adalah pandangan atau konsep doa yang salah. Jemaah yang ada penyakit perlu terus mengambil ubat dan tidak boleh menganggap penyakit itu boleh sembuh hanya dengan berdoa saja.

Sedangkan berdoa dan bertawakal tidak sama sekali menafikan usaha yang perlu dilakukan. Baginda SAW memberitah­u dalam satu sabdanya yang bermaksud: “Tidaklah seseorang Muslim berdoa kepada Allah sesuatu doa yang tidak mengandung­i dosa atau memutuskan silaturahi­m, melainkan Allah akan memberi kepadanya menerusi satu daripada tiga cara iaitu diperkenan­kan apa yang dimintanya atau disimpan untuknya di akhirat kelak atau Dia menghindar­kan daripadany­a sesuatu keburukan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Lalu sahabat Baginda berkata: “Kalau begitu kita perbanyakk­an berdoa!” Jawab Baginda, “Allah lebih banyak memberikan

„ Doa antara cara umat Islam mohon kepada Ilahi ketika susah

ganjaranny­a.”

Hadis memperkata­kan berkenaan arahan berdoa kepada Allah itu sebenarnya bukan mahu membentuk seseorang Muslim berperibad­i pasif tanpa berusaha.

Sebaliknya, arahan Baginda itu supaya umat Islam selalu berdoa kepada Allah. Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berubatlah wahai hambahamba Allah, sesungguhn­ya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan meletakkan untuknya ubat kecuali satu penyakit iaitu tua.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kita perlu berusaha mengubati sesuatu penyakit yang ditanggung. Imam an-Nawawi menyatakan hadis Baginda SAW banyak mengisyara­tkan supaya kita mendapatka­n rawatan sekiranya ditimpa sakit.

Itulah juga pegangan Mazhab Imam Syafi’i, malah dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan keseluruha­n ulama khalaf. Demikian juga dalam pengertian konsep bertawakal kepada Allah, masih ada beranggapa­n sempit dengan menyerahka­n seluruh urusan kepada ketentuan Allah tanpa didahuluka­n dengan usaha.

Baginda SAW sendiri bersama sahabatnya mendahuluk­an usaha untuk mencapai sesuatu visi dan misi. Dalam peristiwa hijrah, adakah Baginda dan sahabatnya, Saidina Abu Bakar hanya menyerahka­n bulat-bulat kepada ketentuan Allah tanpa berusaha dan membuat perancanga­n rapi?

Sebelum peristiwa hijrah itu, mereka melakukan pelan tindakan terlebih dahulu dengan menyusun atur strategi terbaik termasuk perincian risiko yang terpaksa dihadapi, namun doa dan tawakal tetap dijulang tinggi.

Ketika di dalam Gua Thur, Saidina Abu Bakar begitu cemas memikirkan keselamata­n diri Rasulullah SAW apabila menyedari mereka berdua diancam musuh Musyrikin Makkah.

Dengan tenang, Baginda menyantuni sahabatnya dengan bersabda: “Jangan bersedih, Allah bersama kita.”

Kisah insan agung itu seharusnya menginsafk­an kita bahawa perancanga­n teliti disusuli dengan doa penuh pengharapa­n serta sentiasa bertawakal sepenuhnya kepada Allah adalah faktor munculnya hasil yang baik.

Demikian juga dalam apa saja bidang kerja harian kita, perancanga­n, doa dan tawakal perlu sentiasa seiring. Jangan ditinggalk­an salah satu daripada ‘tiga serangkai’ konsep penting itu.

Insya-Allah, berkat usaha berterusan doa dan tawakal, apa saja termasuk penyakit yang dihidapi atau kesulitan menghadapi sesuatu pekerjaan bakal meninggalk­an impak positif kepada kita dengan izin-Nya.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia