Harian Metro

Dunia ‘penjara’ bagi orang Mukmin

-

dan senda gurau saja,

Dalam Surah al-An’am, ayat 32 yang bermaksud: “Tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan permainan dan hiburan yang melalaikan dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”

Inilah kehidupan dunia, ia kelihatan indah dan bercahaya tetapi sebenarnya menipu dan memperdaya orang yang lalai.

Pelbagai kenikmatan yang diperoleh di dunia ini tidak akan kekal buat selamanya. Segala penderitaa­n dan kesusahan dialami orang beriman di dunia ini sama sekali bukan disebabkan Allah SWT membenci mereka.

Begitu juga, kemewahan dan segala kenikmatan diperoleh orang kafir bukan bermakna Allah reda kepada mereka.

Allah SWT tetap mengurniak­an kemurahanN­ya kepada seluruh manusia, namun kasih sayang-Nya hanya buat kaum Muslimin. Manusia diciptakan Allah SWT adalah makhluk yang memiliki banyak keinginan.

Mereka inginkan rumah besar, kereta mewah, isteri atau suami yang cantik, harta kekayaan, pengaruh dan jawatan besar. Namun keinginan paling penting yang didambakan setiap Mukmin ialah masuk ke syurga Allah SWT.

Sebenarnya, tidak menjadi kesalahan buat orang Islam yang menjadi golongan berharta, kaya raya dan berpengaru­h asalkan seiring dengan tuntutan agama.

Nabi SAW menyatakan, orang kaya yang menafkahka­n hartanya ke jalan Allah adalah orang yang berhak dicemburui. Pada setiap masa, kita perlu yakin dengan kebesaran Allah SWT.

Apabila sesuatu perbuatan itu ditegah, sudah pasti ada sebab Allah SWT melarangny­a. Dalam alQuran, Allah SWT menegaskan sesiapa yang melakukan kejahatan, hati mereka akan ditutupi dosa mereka sendiri.

Sehubungan itu, jangan anggap mematuhi perintah Allah SWT itu satu yang sia-sia kerana sesiapa yang beranggapa­n sedemikian, Allah akan merendahka­n maruah mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang dihinakan Allah, ingatlah tidak ada seorang pun yang akan memuliakan­nya.” (Surah al-Hajj, ayat 18)

Bagi orang yang merasakan dirinya terlalu banyak dosa, perasaan gelisahnya akan memuncak setiap kali dosa yang dilakukan itu bertambah. Bagi manusia yang taat pula, mereka sentiasa berasa dekat dengan Allah.

Kesan daripada mengingkar­i perintah Allah menyebabka­n hati seseorang menjadi gelap. Imam Malik berkata kepada Iman Syafie, “Aku melihat Allah menurunkan cahaya di hatimu, oleh itu janganlah kamu padamkan dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang Allah. Semoga Allah merahmati kamu.”

Justeru, kebahagiaa­n hidup seorang Mukmin itu banyak bergantung kepada amal kebajikan yang dilakukann­ya. Kehidupan yang disinari cahaya, di situlah terkumpuln­ya segala kebaikan yang menyebabka­n hatinya akan segera menghindar­i segala ajakan yang menjurus kepada perkara jahat dan mungkar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia