Harian Metro

Giliran Syed Ali

-

„ Ketua Bahagian Cheras letak jawatan, keluar UMNO

Kuala Lumpur: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan pemimpin parti itu sanggup menggadaik­an maruah dengan ‘merangkak’ mencari pengaruh demi memulihkan imej selepas tewas Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ahmad Zahid berkata, pihaknya hanya mengadakan pertemuan dengan kepemimpin­an parti lain, namun ada sesetengah pihak dan pemimpin menganggap tindakan itu sebagai merangkak.

Seminggu selepas dua pemimpin berpengaru­h membuat keputusan keluar parti, seorang lagi pemimpin veteran UMNO, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee membuat keputusan sama berkuat kuasa serta-merta.

Ketua UMNO Bahagian Cheras membuat pengumuman genting itu ketika Mesyuarat Tertutup Bersama Ahli UMNO Bahagian Cheras di sini, semalam.

Syed Ali yang juga bekas Setiausaha UMNO Wilayah Persekutua­n berkata, keputusan itu dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga kelangsung­an dan kepentinga­n Islam dan Melayu di Wilayah Persekutua­n.

“Secara rasmi, saya nak beritahu saya ambil keputusan berat. Saya umumkan keluar daripada UMNO,” katanya.

Ketika dihubungi, Syed Ali berkata, beliau mengambil masa lama memutuskan pendiriann­ya selepas lebih 40 tahun memperjuan­gkan parti itu.

Beliau mendakwa ikhlas berjuang dengan UMNO sejak berusia 17 tahun sehingga saat ini selain lebih 20 tahun menunjangi UMNO Cheras.

Katanya,

perjuangan­nya bersama UMNO bukan dipengaruh­i tuntutan kebendaan, jauh sekali memenuhi agenda peribadi.

“Saya tidak pernah memperalat­kan UMNO yang saya sayangi selama ini untuk mengejar kedudukan, jawatan dalam parti atau kerajaan,” katanya.

Syed Ali menegaskan, senario dan landskap serta percaturan politik masa kini dan Malaysia Baru memerlukan pendekatan realistik dan berpijak di bumi nyata.

“Saya tinggal UMNO dengan elok, huru-hara. UMNO stabil, UMNO teruskan.

“Saya ambil pendirian sendiri. UMNO banyak berjasa, saya pun banyak berjasa pada UMNO, ” katanya.

Ketika ditanya adakah keputusan beliau keluar parti dipengaruh­i dua pemimpin terdahulu yang keluar parti tidak sampai 24 jam, seminggu lalu, Syed Ali menafikan dakwaan itu, sekali gus meminta netizen menghentik­an cemuhan atau tohmahan kepada beliau.

“Keputusan saya tiada cerita (kaitan) dengan sesiapa (Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Anifah Aman). Saya bukan Ahli Parlimen. Saya cuma melepaskan jawatan ketua bahagian,” katanya.

Ketika ditanya adakah tindakanny­a didesak rasa tidak puas hati atau tiada keserasian dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Syed Ali enggan mengulas lanjut.

 ??  ?? SYED Ali
SYED Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia