Harian Metro

Kucing bagaikan anak

-

Temerloh: Memiliki sembilan kucing bersaiz besar yang berbulu lebat seberat tiga hingga 10 kilogram seekor menjadi kepuasan bagi Rohana Md Gani.

Kakitangan agensi kerajaan berusia 56 tahun itu berkata, kepuasan dikeliling­i kucing bersaiz besar dapat dirasakan apabila haiwan terbabit sentiasa manja dan mesra walaupun kelihatan garang.

“Saya tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang dua tahun tinggal sebumbung dengan haiwan ini, kesunyian terubat apabila melihat pelbagai aksi dipamerkan kucing,” katanya.

Ibu empat anak itu berkata, minat mendalam terhadap kucing membolehka­nnya dia selesa tinggal bersama haiwan bersaiz besar itu walaupun menyediaka­n peruntukan lebih RM800 sebulan untuk membeli makanan dan pasir.

Katanya, penjagaan dan makanan menjadi faktor utama kucing kacukan baka import serta tempatan miliknya menjadi besar dan berbulu lebat dua hingga empat kali ganda berbanding kucing biasa.

“Saya memberi makan sekali hingga dua kali sehari menggunaka­n makanan import. Walaupun harganya agak mahal dan membebanka­n, kualitinya begitu baik.

“Semua kucing saya mempunyai nama seperti oyen, putih, omel, adik dan tiger,” katanya yang menetap di Taman Pinggiran Netas Jaya, Mentakab, di sini.

Rohana berkata, bermula dengan seekor kucing pemberian rakan anaknya, dua tahun lalu, haiwan berkenaan membiak hingga kini menjadi sembilan ekor dan semua kucingnya dikasi bagi menghalang pembiakan.

Dia berkata, anak bongsunya, Siti Aisyah Nazihah Sulaiman, 23, yang kini melanjutka­n pengajian di Universiti Malaya turut meminati kucing, Apabila ada masa terluang, dia pulang untuk melihat haiwan terbabit.

“Saya melayan semua kucing seperti anak sendiri, makan dan minum sentiasa diberi perhatian. Apabila tidak sihat, rawatan dan ubat perlu diberikan segera bagi mengelak menjadi bertambah buruk.

“Saya rela berlapar asalkan sembilan kucing mendapat makanan yang secukupnya. Sifat kasih sayang dan tanggungja­wab terhadap haiwan sentiasa tersemat dalam diri ini,” katanya.

 ??  ?? ROHANA bersama sebahagian kucing bersaiz besar yang dimilikiny­a.
ROHANA bersama sebahagian kucing bersaiz besar yang dimilikiny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia