Harian Metro

BUKA LEMBARAN BARU DI JAKARTA

Wanie rancang mulakan di Jakarta untuk bergelar penyanyi dangdut

- -Sudirman Mohd Tahir

Meskipun tidak berjaya bergelar juara sebuah program realiti, penyanyi Wani Kayrie tidak mengalah sebaliknya nekad melangkah lebih jauh.

Wani, atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 18, berkata pemilihann­ya bagi mewakili Malaysia pada pertanding­an Liga Dangdut Asia (LIDA) yang bakal berlangsun­g bulan depan di Jakarta membuka lembaran baru dalam kanvas seninya.

Menurut Wani, dia bakal menggalas tanggungja­wab lebih besar kerana bakal bersaing dengan peserta dari beberapa negara lain.

“Sepanjang dua bulan ini saya fokus pada program realiti ini. Kalau ikutkan esok (hari ini) saya sudah mula sesi ‘booth camp’ bersama Pak Ngah tetapi saya minta cuti sehari. Selepas ini saya kena mula hafal lagu dangdut klasik dan tradisiona­l pula. Bagi saya lagu klasik lagi susah untuk dibawa.

“Sejujurnya, saya yakin boleh bawa genre ini kerana meminati irama dangdut. Cuma, saya tidak tunjuk dalam industri kita. Saya sengaja simpan dulu. Lagipun, saya nak dikenali sebagai penyanyi pop dan balada dulu.

“Jadi, untuk mempersiap­kan diri bergelar penyanyi dangdut, saya sudah rancang untuk mulakan di sana. Kalau berjaya, baru saya cuba di negara sendiri pula. Insya-Allah, saya terbang ke Jakarta pada 15 Oktober dan pertanding­an bermula seminggu selepas itu,” katanya.

Memandangk­an ia pertanding­an bertaraf antarabang­sa dan bakal bersaing dengan penyanyi dari negara tuan rumah yang dilihat sebagai pesaing terhebat, Wani mengakui dia perlu bersedia mental dan fizikal.

“Saya menjadikan Kak Baby Shima sebagai inspirasi dan rujukan. Dari awal saya tengok dan belajar daripadany­a. Betapa penat dan kuatnya dia bertarung.

“Kalau dia boleh, kenapa tidak saya. Jadi, saya pun kena kuatkan diri,” katanya.

Wani berkata, beraksi di pentas LIDA memerlukan­nya untuk tampil lebih bertenaga terutama dari segi vokal.

Mengakui terdapat kekurangan dari segi nyanyian terutama ‘pitching’, Wani mengambil inisiatif dengan belajar vokal daripada penyanyi Ernie Zakri.

“Di sini, saya belajar dengan Cikgu Ernie Zakri. Insya-Allah, kalau di sana saya rancang untuk berguru dengan Kak Shiha

Zikir. Saya tertarik dengannya sewaktu dia berduet dengan Syafiq Farhain. Saya dengar dia nyanyi tak ada salah. Dari segi persembaha­n pula mungkin Mas Idayu,” katanya.

Mengenai pelajaran, Wani mengakui belum ada perancanga­n menyambung pengajian selepas meraih keputusan cemerlang peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia lalu.

“Tahun ini saya belum rancang sambung belajar. Insya-Allah tahun depan. Namun, kena tengok dulu, kalau ada rezeki di Indonesia, mungkin tangguh lagi.

“Pada masa sama, mak pun semakin okey apabila kerjaya saya kian berkembang. Bagaimanap­un, saya tetap akan sambung belajar satu hari nanti,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN ??
FOTO: NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia