Harian Metro

Tenang dengan kehidupan kini

- DARI MUKA R23

Ditanya adakah dia serik dengan kegagalan perkahwina­n lalu, anak jati Kelantan ini menganggap itu ketentuan takdir dan menerimany­a dengan hati terbuka.

“Saya tidaklah serik, cuma sekarang tak mahu buang masa memikirkan soal jodoh selain sibuk cari duit. Bagi saya penting stabilkan ekonomi terlebih dahulu.

“Apatah lagi tanggungja­wab ketua keluarga bukan mudah. Kena pastikan betul-betul mampu dalam segala aspek.

“Bagaimanap­un, saya tetap ada sasaran untuk berkahwin lagi iaitu sebelum usia 33 tahun. Ia hanya sasaran, selebihnya Allah SWT yang tentukan.

“Saya kini menjalani kehidupan dengan gembira. Tenang rasanya dan sentiasa dalam ‘mood’ positif tanpa sebarang tekanan,” katanya.

Mengulas kriteria wanita pilihannya, Issey

Issey mahu stabilkan

ekonomi tapi letak sasaran kahwin semula sebelum usia 33 tahun

berkata dia tidak cerewet. Cukup jika calon wanita itu memahami karier dan menerima dirinya seadanya.

Berbicara mengenai populariti dirinya, Issey berkata dia masih sedar diri di mana tahap dia berada. Ujarnya, kalau diukur tahap popular dan terbaik, ia belum mampu digapai.

“Saya tidak rasa diri sudah popular, apatah lagi berada pada tahap terbaik. Masih banyak kekurangan dan kelemahan perlu diperbaiki kerana ia perlukan masa.

“Apa yang boleh saya katakan, tahap saya kini biasa saja dan sederhana. Saya kena giatkan usaha memandangk­an persaingan kini pun semakin sengit,” katanya.

Menurut Issey, dia bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus. Oleh itu, dia berterima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa menyuntik semangatny­a untuk terus maju.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia