Harian Metro

Panorama ibu kota dari dek 276m

-

menjadi tarikan.

“Terdapat dua Sky Box yang mempunyai ketinggian 300m dan dibina di luar dek peninjau. Setiap satunya menyajikan pemandanga­n yang berbeza dan ia bagi memberi kepuasan kepada orang ramai untuk menikmati serta merakam keberanian berada di dalam kotak cermin itu berlatarka­n panorama bangunan pencakar langit lain di bandar ini.

“Pada sebelah malam pula, menara ini turut mempunyai tarikan lampu yang mewarnai keseluruha­n bangunan hingga ke antena dan ia sudah tentu dapat menonjolka­n lagi keindahan seni binanya,” katanya.

Ketika berada di aras pertama, persembaha­n kebudayaan Malaysia ditampilka­n dan ia harus dipuji kerana aktiviti seperti itu dapat menonjolka­n kesenian Malaysia.

Di luar menara itu juga terdapat beberapa tarikan lain antaranya zoo mini yang sering menarik perhatian pengunjung cilik bersama ibu bapa atau guru-guru. Buat pencinta marin pula, jangan lepaskan peluang meninjau Blue Coral Aquarium yang menempatka­n pelbagai hidupan air unik.

Seterusnya, bagi mereka yang ingin menikmati pelanconga­n eko di dalam bandar, sudah tentu Taman Hutan Eko Kuala Lumpur terletak berhampira­n menara itu antara sebahagian daripada tarikan.

Memandangk­an Menara Kuala Lumpur mempunyai dek luar yang boleh diakses pengunjung, aktiviti tahunan ekstrem anjuran KL Tower Internatio­nal Jump Malaysia bakal memasuki siri ke-18 pada 28 September ini.

“Tahun ini, seramai 150 penerjun antarabang­sa dari 20 negara bakal turut serta antaranya Australia, Austria, Belgium, Brazil, Kanada, Mexico, Jepun, Kuwait, Perancis, Russia, Norway dan Amerika Syarikat,” katanya.

Bagi membolehka­n orang ramai menyaksika­n pertunjuka­n itu lebih dekat dari tebing Sky Deck, Menara Kuala Lumpur menawarkan pakej khas ‘Sitting On The Edge’.

 ??  ?? DEK tinjau menjadi destinasi acara terjunan BASE.
DEK tinjau menjadi destinasi acara terjunan BASE.
 ??  ?? ACARA terjunan yang dinantikan setiap tahun. Terdapat dua
Sky Box yang mempunyai ketinggian 300m dan dibina di luar dek peninjau. Setiap satunya menyajikan pemandanga­n yang berbeza
ACARA terjunan yang dinantikan setiap tahun. Terdapat dua Sky Box yang mempunyai ketinggian 300m dan dibina di luar dek peninjau. Setiap satunya menyajikan pemandanga­n yang berbeza
 ??  ?? SKY BOX menguji rasa gayat dan
menjanjika­n keseronoka­n.
SKY BOX menguji rasa gayat dan menjanjika­n keseronoka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia