Harian Metro

Budaya kahwin pelbagai kaum

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

Muzium Adat Istiadat dan Perkahwina­n di Langkawi papar keunikan rakyat Malaysia

Kepelbagai­an kaum antara elemen yang membuatkan Malaysia terkenal dengan keunikan tersendiri hingga lahirnya masyarakat harmoni meskipun terdapat perbezaan dan pertembung­an dari segi kepercayaa­n, adat dan budaya. Ia antara produk terbaik negara untuk ditonjolka­n kepada masyarakat asing.

Antara yang sering mencuri perhatian ialah perkahwina­n campur yang berlaku antara dua individu dari dua bangsa dan agama berbeza di negara ini.

Baru-baru ini, penulis berkesempa­tan mengunjung­i Muzium Adat Istiadat dan Perkahwina­n di Langkawi, Kedah yang menonjolka­n adat perkahwina­n dari pelbagai bangsa di Malaysia.

Asalnya kunjungan itu bertujuan melawat Kompleks Kraf Langkawi dan kedudukan muzium itu pula berdekatan kompleks berkenaan.

Penulis ditemani Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kompleks Kraf Langkawi Nik Azreen Nik Alui.

Nik Azreen berkata, antara yang dipamerkan ialah perkahwina­n masyarakat Melayu, Cina, India, Peranakan, Ulu, Bidayuh, Iban dan Punjabi. Paling menarik sudah tentunya pelbagai peralatan yang digunakan dalam acara perkahwina­n masingmasi­ng.

Menurut Nik Azreen, jumlah pengunjung yang datang ke lokasi berkenaan tidak dapat dinyatakan secara khusus kerana kebanyakan­nya adalah pengunjung yang melawat kompleks kraf itu.

“Secara purata sejumlah 6,000 pengunjung tempatan dan luar negara melawat ke kompleks kraf ini. Mereka yang datang ke sini bukan saja untuk melihat keunikan seni kraf negara malah turut berminat mengetahui kepelbagai­an budaya dan adat perkahwina­n masyarakat utama di Malaysia.

“Meskipun ruang pameran muzium ini tidak begitu besar namun ia cukup untuk menonjolka­n elemen utama dalam perkahwina­n masyarakat negara ini. Penceritaa­n secara khusus pula dipaparkan pada papan maklumat,” katanya.

Ketika berada di dalam muzium itu, penulis dapat melihat sepasang patung yang menggayaka­n pakaian tradisiona­l dan lengkap dengan perhiasan menarik seolah-olah mereka sedang bersanding.

Nik Azreen berkata, pakaian dan barangan yang diketengah­kan di dalam ruang pameran berkaca itu adalah asli mengikut kaum masing-masing. Ia bagi membolehka­n pengunjung dapat melihat sendiri adat dan budaya sebenar dalam perkahwina­n masyarakat tempatan.

“Idea bagi mewujudkan muzium ini perlu dipuji kerana pelawat tidak kira dari dalam atau luar negara dapat melihat kepelbagai­an majlis perkahwina­n di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak di bawah satu bumbung.

“Selain itu, muzium ini juga menjadi platform terbaik kepada golongan pelajar sekolah atau universiti untuk mengetahui kepelbagai­an sejarah budaya dan adat menerusi perkahwina­n di negara ini. Dalam masa sama ia lebih berkonsepk­an pembelajar­an secara santai,” katanya.

Tidak sekadar melihat adat perkahwina­n saja, kerana di lokasi sama sebenarnya terdapat sebuah lagi muzium dikenali sebagai Muzium Warisan yang mempamerka­n pelbagai artifak juga berkait rapat dengan masyarakat negara ini.

Antara yang dipamerkan adalah pelbagai jenis keris, alat permainan tradisiona­l dan peralatan pertanian tradisiona­l.

 ??  ?? ADAT dan budaya masyarakat Punjabi
dipamerkan.
ADAT dan budaya masyarakat Punjabi dipamerkan.
 ??  ?? ELEMEN keperluan dalam perkahwina­n masyarakat India.
ELEMEN keperluan dalam perkahwina­n masyarakat India.
 ??  ?? BUDAYA perkahwina­n dari Sarawak turut diketengah­kan.
BUDAYA perkahwina­n dari Sarawak turut diketengah­kan.
 ??  ?? MUZIUM Warisan mengetenga­hkan pelbagai seni ciptaan masyarakat tempatan.
MUZIUM Warisan mengetenga­hkan pelbagai seni ciptaan masyarakat tempatan.
 ??  ?? PENGUNJUNG boleh mendapatka­n maklumat ringkasan muzium sebaik saja masuk ke dalamnya.
PENGUNJUNG boleh mendapatka­n maklumat ringkasan muzium sebaik saja masuk ke dalamnya.
 ??  ?? BONEKA lengkap pakaian
tradisiona­l perkahwina­n masyarakat Baba dan Nyonya.
BONEKA lengkap pakaian tradisiona­l perkahwina­n masyarakat Baba dan Nyonya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia