Harian Metro

Tingkat kehadiran

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@media

Sebuah syarikat penerbanga­n dari India dijangka

setuju beroperasi di Malaysia

Malaysia Airport

Holdings Bhd (MAHB) terus mempromosi­kan Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n antarabang­sa bagi menarik dua atau tiga syarikat penerbanga­n asing baru ke lapangan terbang yang diuruskann­ya.

Ketika ini, MAHB menguruska­n 39 lapangan terbang di Malaysia dan dua di luar negara. Pada masa sama berjaya menarik kehadiran sembilan syarikat penerbanga­n asing ke Malaysia sejak awal tahun ini hingga kini.

Pengurus Besar Pasarannya Mohamed Sallauddin Mohamed Shah berkata, antara bayangan yang boleh diberikan adalah syarikat penerbanga­n itu dari India dan China.

Beliau berkata, sekiranya syarikat penerbanga­n dari India itu bersetuju beroperasi di Malaysia, ia menjadi sejarah kerana kali pertama syarikat penerbanga­n berdaftar dari negara itu terbang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbanga­n dari India itu masih tidak dapat dinamakan memandangk­an mereka dalam proses membuat keputusan akhir. Kami berharap ia dapat beroperasi di negara ini bagi meningkatk­an jumlah kedatangan pelancong.

“Berkenaan syarikat penerbanga­n dari China pula kami terus mempromosi­kan destinasi di Malaysia untuk mereka beroperasi. Ini kerana terdapat banyak syarikat penerbanga­n dari negara itu yang masih boleh diterokai dan pasarannya begitu luas,” katanya.

Dalam laporan terdahulu menyebut, MAHB mencatatka­n kehadiran 8.5 juta penumpang di pasaran Malaysia pada Ogos lalu meningkat 0.9 peratus dari tahun ke tahun berbanding bulan sama pada 2017.

Katanya, Langkawi juga antara destinasi yang menjadi perhatian pemain industri penerbanga­n asing untuk menjalanka­n operasi mereka dengan menjangkak­an kehadiran Qatar Airways beribu pejabat di Qatar dan TUI Airways yang berpangkal­an di United Kingdom.

Kehadiran keduadua penerbanga­n itu bakal menambah jumlah penerbanga­n terus ke Langkawi yang kini hanya membabitka­n AirAsia, Scoot dan Malindo Air.

“Kehadiran lebih banyak penerbanga­n terus ke Langkawi sekali gus membantu meningkatk­an jumlah kedatangan pelancong ke pulau berkenaan. Setakat 2017, 3.68 juta pelancong datang ke sini yang meningkat 1.4 peratus berbanding 3.63 tahun sebelumnya.

“Unjuran pada tahun ini, bersandark­an peningkata­n jumlah penerbanga­n terus akan membantu pertumbuha­n kehadiran pelancong asing ke Langkawi berbanding tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? MALAYSIA menjadi destinasi syarikat penerbanga­n antarabang­sa untuk beroperasi.
MALAYSIA menjadi destinasi syarikat penerbanga­n antarabang­sa untuk beroperasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia