Harian Metro

#Keretapisa­rong18 rai Hari Malaysia

-

Hari Malaysia 16 September lalu diwarnai pelbagai acara bagi menonjolka­n keharmonia­n kita sebagai rakyat negara harmoni sekali gus memperinga­ti tarikh penting penubuhanP­ersekutuan Malaysia pada 1963.

Tidak ketinggala­n sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai LOCCO disokong Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya menganjurk­an acara berhimpun dan meraikan Hari Malaysia dengan menjadikan pengangkut­an awam iaitu Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) sebagai fokus pergerakan peserta.

Acara yang dinamakan #Keretapisa­rong18 itu mendapat sambutan menggalakk­an apabila kirakira 2,000 rakyat tempatan dan pelancong asing menyertain­ya berbanding sekitar 1,500 orang pada tahun lalu.

Pengarah Bersama Keretapi Sarong 2018 Shamsul Bahrin Zainuzzama­n berkata, acara itu dimulakan pada jam 9.30 pagi membabitka­n empat lokasi stesen LRT iaitu Ampang, Gombak, IOI Puchong Jaya, Subang Jaya dan satu stesen MRT iaitu Bandar Utama.

Beliau berkata, orang ramai yang berminat menyertai acara itu perlu menaiki tren di stesen berkenaan dan diwajibkan untuk memakai sebarang kain sarong dengan pelbagai gaya.

“Di dalam tren berkenaan, kami adakan pelbagai aktiviti seperti pertunjuka­n fesyen, kuiz berkenaan negara dan menyanyi lagu patriotik bagi menghidupk­an semangat cinta Malaysia.

“Semua peserta yang menaiki tren di stesen berkenaan tidak dimaklumka­n terdahulu berkenaan lokasi terakhir mereka hinggalah diumumkan pihak penganjur sejurus acara

di dalam tren selesai dan Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC) dipilih sebagai lokasi akhir,” katanya.

Shamsul Bahrin berkata, peserta yang menyertai acara itu terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum selain pelajar universiti tempatan.

Katanya, ketika di MaTiC, pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan persembaha­n tarian secara beramai-ramai sementara lagu yang ditarikan pula bertemakan tradisiona­l dan patriotik.

“Acara di MaTiC sememangny­a meriah kerana peserta yang hadir menyertai pelbagai program termasuk tarian di dalam tarian beramai-ramai berkenaan.

“Tidak ketinggala­n, acara ini turut mendapat perhatian pelancong luar negara yang bersamasam­a memakai kain sarung. Pemakaian kain sarung antara warisan yang seharusnya kita ketengahka­n,” katanya.

 ??  ?? JALUR Gemilang dikibarkan peserta.
JALUR Gemilang dikibarkan peserta.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian daripada peserta memeriahka­n acara.
PERSEMBAHA­N tarian daripada peserta memeriahka­n acara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia