Harian Metro

Jiwa besar di sebalik kelembutan

-

Menurut Raja Mariah Jameelah, walaupun dianggap masih baru, dia sesekali tidak mahu berfikiran negatif.

“Takut juga sebenarnya. Bidang ini banyak persaingan terutama daripada peniaga lama namun saya beranikan diri dan cuba menghasilk­an produk berkualiti dan lazat pada harga berpatutan.

“Bagi saya aspek kualiti dan keenakan rasa menjadi keutamaan kepada pembeli dan disebabkan itu, saya sentiasa cuba menghasilk­an produk yang mempunyai keenakan rasa luar biasa,” ujarnya.

Raja Mariah Jameelah yang juga anak keempat daripada lima beradik berkata, antara produk dihasilkan yang mendapat sambutan menggalakk­an adalah donat berinti krim coklat Nutella, kastard kaya, kastard, kastad beri biru dan beri biru.

“Dalam soal resipi, saya cuba hasilkan sesuatu yang sedap dan tidak terlalu manis. Selain donat, saya juga menghasilk­an pelbagai jenis kek premium pada harga yang berpatutan,” katanya.

Menurut Raja Mariah Jameelah, pembukaan kedai kek dan pastri itu membuatkan dia perlu lebih kuat dalam mengendali­kan perniagaan.

“Kuat itu bukan saja dari segi emosi namun perlu bijak dalam menyusun masa selain mengendali­kan kakitangan. Buat masa ini, saya mempunyai dua kakitangan yang membantu di kedai, abang sulung mengendali­kan pemasaran juga ibu yang menguruska­n bahagian kewangan,” katanya.

Menurutnya, dia juga akui usianya yang masih muda kadangkala membuatkan dia terleka terutama apabila penat dalam menyiapkan tempahan.

“Sebelum ini saya sering merungut terutama apabila berasa penat namun kini apabila sudah memiliki kedai sendiri, tidak lagi boleh bersikap begitu.

“Saya perlu matang bagi memastikan perniagaan ini berkembang maju dan paling penting bertahan lama. Saya tidak mahu mengecewak­an keluarga kerana mereka banyak membantu terutama dalam segi kewangan ketika ingin membuka kedai ini,” ujarnya.

Raja Mariah Jameelah berkata, soal lokasi kedai juga memerlukan dia terus kuat dalam mengenalka­n jenama dan produknya.

“Kedai ini berada agak ke dalam dan di kawasan kampung namun saya yakin sekiranya produk dihasilkan berkualiti pelanggan tetap mencari produk saya.

“Buat masa ini, saya amat bersyukur kerana ada

Setiap hari Raja Mariah Jameelah sedia donat baru untuk pelanggan

pelanggan yang sanggup datang dari Shah Alam ke Klang semata-mata untuk membeli pelbagai jenis produk saya.

“Selain di kedai, saya juga masih menjalanka­n perkhidmat­an dalam talian dan perkhidmat­an penghantar­an dilakukan ke sekitar Shah Alam dan Klang,” katanya.

Ternyata anak muda ini seorang yang berjiwa besar kerana di sebalik kelembutan personalit­inya tersimpan semangat yang layak dikagumi.

“Dari hari ke hari, saya sentiasa berusaha memperbaik­i kualiti produk bakeri saya. Saya tidak boleh berpuas hati kerana perjalanan saya masih jauh.

“Saya juga bersyukur kerana dalam masa sama dapat membantu penduduk sekitar menikmati kek premium dan produk pastri tanpa perlu pergi ke kafe atau kedai yang jauh,” ujarnya.

Raja Mariah Jameelah berkata, walaupun terdapat persaingan yang banyak daripada kedai kek di kawasan sekitar namun dia yakin produknya berbeza daripada yang sedia ada.

“Saya cuba hasilkan produk yang lain seperti donat berinti dan syukur sambutanny­a amat menggalakk­an. Setiap hari saya akan menyediaka­n donat baru untuk pelanggan.

“Ada pelanggan yang mempersoal­kan soal harga kerana dikatakan agak mahal namun keenakan rasa produk yang saya hasilkan setanding dengan harga dibayar,” katanya.

Katanya, donat berinti dijual pada harga RM3 seketul manakala kek pada harga RM140 untuk saiz sembilan inci.

 ??  ?? RAJA Mariah Jameelah bersama kakitangan­nya menyiapkan tempahan pelanggan. Dalam soal resipi, saya cuba hasilkan sesuatu yang sedap dan tidak terlalu manis. Selain donat, saya juga menghasilk­an pelbagai jenis kek premium pada harga yang berpatutan
RAJA Mariah Jameelah bersama kakitangan­nya menyiapkan tempahan pelanggan. Dalam soal resipi, saya cuba hasilkan sesuatu yang sedap dan tidak terlalu manis. Selain donat, saya juga menghasilk­an pelbagai jenis kek premium pada harga yang berpatutan
 ??  ?? ANTARA produk dihasilkan
Raja Mariah Jameelah.
ANTARA produk dihasilkan Raja Mariah Jameelah.
 ??  ?? TIDAK mahu
berputus asa dalam mengendali­kan
perniagaan.
TIDAK mahu berputus asa dalam mengendali­kan perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia