Harian Metro

Aktiviti sihat cara menyeronok­kan

-

Tinjauan mendapati seorang daripada dua rakyat Malaysia alami masalah berat berlebihan

Walaupun peratusan ini bertambah saban tahun, ramai dalam kalangan ibu bapa tidak sedar dan menganggap kegemukan kanak-kanak tidak menjejaska­n tahap kesihatan. Mereka percaya ia perkara biasa dan akan berubah apabila dewasa.

Ramai kanak-kanak obes mengalami masalah susah tidur kerana saluran pernafasan menjadi sempit akibat pengumpula­n lemak. Malamnya mereka berdengkur sehingga sukar mendapat tidur yang berkualiti. Akibatnya fokus terhadap pelajaran di sekolah menjadi kurang, mudah mengantuk dan letih.

Dalam kalangan dewasa pula, masalah obesiti dan penyakit tidak berjangkit di negara ini berada pada tahap membimbang­kan dan sedang meningkat.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kementeria­n mendapati seorang daripada setiap dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.

Tinjauan itu juga mendapati 17.5 peratus rakyat negara ini dikesan menghidap diabetes,

30.3 peratus menghidap hipertensi dan 47.7 peratus pula mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi. Semuanya ini disebabkan masalah kegemukan, amalan gaya hidup tidak sihat dan kurang bersenam yang akan diwarisi oleh anak jika tiada langkah perubahan dilakukan.

Pengarah Urusan GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd Pierre-Olivier Deplanck berkata, kesibukan harian kebanyakan ibu bapa menyebabka­n mereka cenderung mengambil jalan mudah dalam penyediaan makanan keluarga dengan membeli sajian di luar.

“Malah ia juga antara punca yang boleh mendorong kanak-kanak daripada keluarga sibuk ini mengambil makanan kurang sihat yang menyebabka­n golongan itu tidak mendapat nutrien penting diperlukan.

Menurutnya, sehubungan itu, pihaknya berusaha memberi penekanan kepada semua golongan supaya membuat pilihan makanan sihat menggunaka­n bahan segar dan berkualiti tinggi.

“Kami ingin mencipta aktiviti yang menyeronok­kan dan menyihatka­n untuk semua pelanggan juga keluarga kami yang turut mengambil bahagian dalam acara ini.

“Kami berbangga kerana dapat mengumpulk­an kanak-kanak untuk bersama-sama menyertai aktiviti sihat dalam suasana ceria sepanjang program ini berlangsun­g,” katanya.

Katanya, kanak-kanak kini dilihat jauh lebih pintar dan semua itu adalah hasil usaha ibu bapa.

“Disebabkan itu, kami turut menggalakk­an ibu bapa mengambil bahagian dalam acara ini supaya dapat menjadi teladan yang baik kepada anak. Ini kerana bagi kanak-kanak, ibu bapa adalah model terbaik yang dekat di hati mereka.

“Malah gaya hidup ibu bapa memberi pengaruh besar dalam kehidupan anak kita. Inilah sebabnya sebagai ibu bapa, kita perlu memulakan langkah proaktif supaya ia memberi kesan positif dan lebih baik kepada anak.

“Selain itu, kami mahu pelanggan gembira dengan menghargai maklum balas yang diberikan ketika program itu berlangsun­g,” katanya.

Pada masa sama, Cold Storage membawa 40 murid sekolah rendah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lanjan untuk menyertai program gaya hidup sihat.

Sejumlah RM40,000 daripada yuran terkumpul dalam Larian KanakKanak Cold Storage 2018 itu disalurkan kepada Yayasan MyKasih.

Pengerusi Yayasan MyKasih dan Pengasas bersama Tan Sri Dr Ngau Boon Keat mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Cold Storage atas kemurahan hati dan sokongan berterusan kepada yayasan berkenaan.

“Kami berterima kasih atas sumbangan yang sangat bermakna ini. Sumbangan inilah yang membolehka­n kami meneruskan program pelajar MyKasih ‘My

Love My School’ untuk membantu pelajar dari isi rumah berpendapa­tan rendah.

“Kami amat menghargai sumbangan diberikan ini dan berharap syarikat lain akan tampil dengan bantuan amal mereka untuk menyokong program ‘My Love My School’,” katanya. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? PELBAGAI aktiviti menarik untuk semua peserta. Kami berbangga kerana dapat mengumpulk­an kanak-kanak untuk bersamasam­a menyertai aktiviti sihat dalam suasana ceria sepanjang program ini berlangsun­g
PELBAGAI aktiviti menarik untuk semua peserta. Kami berbangga kerana dapat mengumpulk­an kanak-kanak untuk bersamasam­a menyertai aktiviti sihat dalam suasana ceria sepanjang program ini berlangsun­g
 ??  ?? PUPUK gaya hidup sihat.
PUPUK gaya hidup sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia