Harian Metro

Bantuan kemalangan percuma

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Allianz Road Rangers bertujuan hilangkan tekanan, percepat proses menunggu

Allianz Road Rangers sentiasa berusaha memastikan perjalanan yang lancar dan tidak membebanka­n bagi setiap pemegang polisinya.

Sehubungan itu, Allianz Road Rangers yang dilancarka­n Januari tahun lalu bertujuan menghilang­kan tekanan dan mempercepa­tkan proses menunggu membabitka­n pemegang polisi yang berdepan kejadian kemalangan.

Perkhidmat­an yang dilancarka­n di Lembah Klang dan diperluask­an ke seluruh negara tahun ini adalah bantuan kemalangan yang diberikan secara percuma kepada semua pemegang polisi Motor Komprehens­if (Kereta Awam) di seluruh negara.

Ia mempunyai tujuh mata sentuh iaitu tujuh bantuan termasuk Pusat Panggilan Kemalangan 24 jam, Armada Allianz Road Rangers dan Bantuan Tuntutan bagi memudahkan pelanggan terutama ketika membuat tuntutan kemalangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Zakri Khir berkata, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya terutama ketika berdepan kemalangan atau sebarang kejadian tidak diingini.

“Itu sebabnya kami datang dengan tujuh bantuan istimewa bagi memastikan jika pelanggan terbabit dengan kemalangan, semuanya akan dibantu dan berjalan dengan mudah,” katanya.

Sekiranya berlaku kemalangan atau memerlukan bantuan di tepi jalan, pelanggan motosikal Allianz perlu menghubung­i 1800-22-5542. Maklumat lanjut perkhidmat­an Allianz Road Rangers percuma, layari laman web korporat Allianz Malaysia di allianz. com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia