Harian Metro

10 Menangi sesi beli-belah bernilai hingga RM12,000

-

Susulan sambutan memberangs­angkan orang ramai mengenai pertanding­an Energizer

Shop In The Dark sejak dua tahun lalu, tahun ini Energizer memberikan ganjaran hebat kepada 10 peserta akhir apabila mereka memenangi sesi membelibel­ah selama 15 minit bernilai sehingga RM12,000 setiap seorang pada acara penutup yang berlangsun­g di Giant Hypermarke­t Kota Damansara.

Bagi 10 peserta akhir pertanding­an ini amat mengujakan apabila mereka memanfaatk­an sepenuhnya peluang yang diberi untuk membeli-belah tanpa perlu memikirkan beban bayaran kala tiba di kaunter pembayaran.

Menariknya pertanding­an ini membolehka­n peserta membeli-belah selama 15 minit, tidak dibenarkan menggunaka­n troli beli-belah dan hanya boleh bergerak dalam satu arah seperti yang ditetapkan. Peserta perlu melalui lorong beli-belah dalam keadaan gelap di ruang Giant bertemanka­n hanya lampu kepala Energizer.

Menurut Pengarah Perniagaan Energizer Malaysia, Singapura dan Indonesia, Lee Kim Chye, kempen Energizer Shop In The Dark 2018 menerima sambutan menggalakk­an pada tahun ini.

“Di Energizer, kami sentiasa berusaha memberikan pelanggan pengalaman yang sukar dilupakan. Kami berterima kasih kepada Giant kerana membuka peluang untuk menganjurk­an pertanding­an sesi membeli-belah ini.

“Tahun ini, kami memutuskan meningkatk­an lagi cabaran dengan menambah satu elemen baru dalam acara penutup ini, finalis tidak diberikan troli membeli-belah. Ini bermakna mereka perlu menjadi lebih kreatif dan tangkas untuk mengambil sebanyak mana produk. Ia satu pengalaman mencabar dan semua finalis mencuba sedaya upaya dalam acara penutup ini dengan penuh semangat,” katanya.

Dalam acara ini, finalis ‘menyapu bersih’ semua barangan Giant selepas mereka dibenarkan mengambil apa saja yang diingini, tertakluk kepada peraturan dan had ditetapkan. Pada penghujung sesi membeli-belah, kesemua barangan dibayar sepenuhnya sehingga RM12,000 oleh Energizer di kaunter bayaran.

Semua finalis memanfaatk­an dengan mengambil peralatan elektrik sebagai barang keutamaan mereka. Antara strategi yang digunakan adalah menambah troli lipat kepada barangan yang dibeli, supaya dapat digunakan untuk membawa kesemua barangan elektrik di samping mengaut lebih banyak produk yang mampu diangkat menggunaka­n tangan. Strategi ini digunakan oleh kebanyakan peserta untuk membawa pelbagai peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh, periuk tekanan dan penghawa dingin.

10 finalis dipilih ke peringkat akhir merangkumi enam peserta daripada cabaran Realiti Maya, tiga daripada penghantar­an borang penyertaan dan satu daripada peserta permainan dalam talian. Mereka adalah Mohd Fakri Ghazali, Yap

Hua Qing, Chee Jye Bao, Chan Weng Sum, Anorah Frezylah, Ahmad Daud,

Tang Kam Hong, Tan

Wei Jin, Halimahton Saadiah Aris dan Huzaimi Amir Zainudin.

 ??  ?? PESERTA bersama barangan yang dimiliki ketika pertanding­an Energizer Shop In The Dark 2018.
PESERTA bersama barangan yang dimiliki ketika pertanding­an Energizer Shop In The Dark 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia