Harian Metro

Hamilia ‘otai’ seni gubahan hamper

-

Sudah berkecimpu­ng sejak 15 tahun lalu berdasarka­n minat menghias hingga dijadikan sumber pendapatan

Facebook (FB) dan Instagram (IG) yang sangat membantu,” ujarnya.

Menurutnya, menjalanka­n perniagaan pada era kini jauh berbeza disebabkan semuanya beroperasi di hujung jari.

“Mudah sebenarnya berniaga pada masa sekarang jika hendak dibandingk­an dengan sebelum ini. Dulu amat susah untuk mempromosi­kan produk dihasilkan namun kini semuanya berubah. Perubahan ini juga amat membantu saya dan saya yakin ia juga membantu ramai peniaga lain,” katanya. berkarya.

“Selepas mengetahui apa yang mereka mahukan, saya akan gabungkan idea sendiri untuk menghasilk­an gubahan hamper yang terbaik,” katanya.

Menurut Hamilia, kebiasaann­ya idea datang mencurah apabila dia mula melakukan gubahan sehinggala­h ia menjadi satu gubahan hamper yang cantik.

“Walaupun boleh menyiapkan sesuatu gubahan dengan sendiri namun saya tetap mahukan buah fikiran dan cuba penuhi keinginan atau ilham pelanggan.

“Pengalaman lama dalam bidang ini tidak membuatkan saya tinggi diri atau sombong kerana bagi saya kepuasan pelanggan adalah perkara paling utama,” ujarnya.

Menurutnya, sambutan yang diterima pada awalnya agak perlahan namun lama kelamaan tempahan semakin meningkat.

“Syukur, selepas berada dalam bidang ini selama 15 tahun, saya sudah mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa mempercaya­i khidmat gubahan hamper yang saya lakukan.

“Biasanya pelanggan tetap akan mempromosi­kan perkhidmat­an saya kepada ahli keluarga dan rakan mereka yang pastinya dapat membantu meluaskan lagi perniagaan ini,” katanya.

Tidak meletakkan harga sesuka hati dan menjual hamper dengan harga paling rendah RM20 seunit membuatkan perniagaan diusahakan Azalia terus dipercayai.

“Saya menerima tempahan hamper mengikut bajet pelanggan dan turut menyediaka­n khidmat menyediaka­n hamper bajet untuk majlis sukan sekolah, pertanding­an futsal, sukaneka dan hari keluarga.

“Pada masa sama, saya juga menerima tempahan hamper untuk dijadikan cenderahat­i majlis kenduri atau hadiah bagi tetamu terhormat,” ujarnya.

Menurut Hamilia, selepas bertapak dalam tempoh mencecah 15 tahun, dia mengharapk­an perniagaan diusahakan terus berkembang dan menerima sambutan. Apabila sudah berada pada tahap ini tentu saja saya mengharapk­an perniagaan ini dapat berterusan dengan baik.

“Kini saya beroperasi di sebuah kedai berdepan dengan rumah saya di Seksyen 30, Shah Alam, Selangor. Rata-rata pelanggan yang biasa mendapatka­n khidmat saya terus datang ke kedai untuk mengambil tempahan hamper selepas perbincang­an dilakukan,” katanya.

 ??  ?? TEMPAHAN gubahan pelanggan.
TEMPAHAN gubahan pelanggan.
 ??  ?? TEMPAHAN gubahan pelanggan.
TEMPAHAN gubahan pelanggan.
 ??  ?? ANTARA tempahan hamper pelanggan.
ANTARA tempahan hamper pelanggan.
 ??  ?? HAMILIA (kanan) dan anaknya bersama-sama menyiapkan tempahan pelanggan.
HAMILIA (kanan) dan anaknya bersama-sama menyiapkan tempahan pelanggan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia