Harian Metro

Bendung sampah masuk ke laut

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Program pembersiha­n pantai antarabang­sa diadakan serentak di Pantai

Pasir Panjang, Port Dickson dan Pantai Teluk Mak Nik, Terengganu

Kebersihan pantai adalah tanggungja­wab bersama dan sehubungan itu,

The Body Shop Malaysia menyertai Ocean Conservanc­y ke-33 iaitu program pembersiha­n pantai antarabang­sa untuk membendung kemasukan sampah di laut sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Ia adalah tahun ke-24, jenama penjagaan diri itu mengambil bahagian dalam usaha sukarelawa­n untuk membersihk­an sampah di pantai.

Buat pertama kalinya, The Body Shop Malaysia menganjurk­an dua program pembersiha­n pantai serentak di Pantai Pasir Panjang, Port Dickson dan di Pantai Teluk Mak Nik, Terengganu.

Kerjasama dijalankan dengan Lexis Hibiscus, Port Dickson dan Maxis untuk memastikan laluan pantai di sekitar Port Dickson berada dalam tahap terbaik bersama dengan Pergerakan Lautan Hijau, Art Matrix dan German-Malaysian Institute.

Untuk program di Terengganu, pula Coca-Cola menjalanka­n kerjasama untuk bersama-sama membersihk­an pantai demi manfaat penduduk di sana.

Seramai 620 sukarelawa­n menyertai program pembersiha­n itu bagi membantu memastikan laluan air bersih dan selamat untuk kehidupan marin.

Pengarah Urusan The Body Shop Malaysia Datin Mina Cheah Foong berkata, pihaknya bukan sekadar mengambil sampah untuk menjadikan pantai lebih bersih malah menjadikan hidupan laut hidup lebih selamat.

Dianggarka­n 60 hingga 80 peratus sampah yang membanjiri pantai di seluruh dunia terdiri daripada plastik. Setiap tahun sebanyak lapan juta tan sampah plastik dibuang di laut yang menjejaska­n kehidupan hampir 700 spesies marin. Bagaimanap­un ia bukan sekadar mengancam kehidupan marin tetapi turut memberi kesan kepada semua kehidupan termasuk manusia.

“Kita perlu sedar apa yang akan berlaku kepada sampah jika ia tidak dibuang dengan betul. Matlamat utama adalah untuk mengelakka­n sampah memasuki saluran air di samping mendidik komuniti dan menggalakk­an masyarakat mengambil bahagian dalam acara seperti ini.

“Oleh itu, menjaga laluan air, pantai, tasik dan sungai tempatan bukan hanya untuk sehari dalam setahun namun ia perlu dilakukan secara berterusan,” katanya.

 ??  ?? PROGRAM pembersiha­n di Pantai Pasir Panjang, Port Dickson.
PROGRAM pembersiha­n di Pantai Pasir Panjang, Port Dickson.
 ??  ?? PEMBERSIHA­N di Pantai Teluk Mak Nik.
PEMBERSIHA­N di Pantai Teluk Mak Nik.
 ??  ?? DEMI memastikan hidupan marin terpelihar­a.
DEMI memastikan hidupan marin terpelihar­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia