Harian Metro

10 kumpulan berentap

-

ini sebagai kota seni, seterusnya melahirkan masyarakat yang sentiasa hidup dengan interaksi sihat melalui seni, kebudayaan dan intelektua­l,” katanya.

Menurutnya, selain menjadikan bandar raya ini sebagai pusat kegiatan aktiviti teater di Selangor yang menyediaka­n kemudahan pementasan terbaik, pihaknya juga mahu melahirkan kumpulan atau penggiat teater berdaya saing dan kreatif bagi menghasilk­an karya seni besar sebagai naskhah Petaling Jaya dalam memajukan pementasan teater ke peringkat lebih tinggi.

Johary turut merakamkan penghargaa­n kepada MTS di atas kesungguha­n mereka sebagai rakan strategik untuk penganjura­n itu sehingga berjaya mengumpul dan menapis setiap kumpulan yang layak bertanding.

“Gandingan strategik ini memberi satu harapan baru bahawa kegiatan teater akan terus berkembang di Petaling Jaya seiring dengan pembanguna­n acara kota seni yang rancak berkembang ketika ini,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua

Majlis Teater Selangor (MTS), Sharul Nizam Samsudin pula berkata, pihaknya berterima kasih kepada MBPJ kerana mengangkat industri teater ini sebagai salah satu medium seni bagi menyahut gelaran Bandar Raya Petaling Jaya sebagai Kota Seni di Selangor.

“Gelanggang Teater ini adalah produk baru yang membabitka­n aktivis dalam negeri Selangor terutama yang bernaung di bawah MTS.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM4,000, manakala Naib Juara (RM3,000), Kumpulan Harapan (RM2,000) dan Saguhati (RM500).

Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik pula bakal menerima wang tunai (RM300) malah semua pemenang bagi setiap kategori turut menerima piala iringan, sijil penyertaan serta cenderamat­a.

Juri bagi pertanding­an ini terdiri daripada Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Fauziah Nawi dan Norzizi Zulkifli.

Senarai badan bukan kerajaan yang bertanding ialah Pertubuhan Teater Hidayah, Unteater, Batek, Persatuan Seni Silat Panji Ria, Persatuan Kebudayaan Suara Alam, Alumni Kelab Teater Rimba, Inspire Production, Persatuan

Titis, Persatuan Laskar Lantera dan Kumpulan Artis Budaya Zaman.

 ??  ?? JOHARY (duduk tiga dari kiri) dan Fauziah bersama anggota pertubuhan teater yang terbabit dalam Gelanggang Teater Kota Seni Petaling Jaya 2018.
JOHARY (duduk tiga dari kiri) dan Fauziah bersama anggota pertubuhan teater yang terbabit dalam Gelanggang Teater Kota Seni Petaling Jaya 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia