Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 6.30 petang TAK BELI TAK CINTA EPISOD 9 TV3, 5.30 petang KASIH IFTITAH EPISOD 21 HBO HD (ASTRO 431), 7.10 MALAM THE JUNGLE BOOK TV3, 7 malam VILA GHAZARA EPISOD 7

Isma tidak menyangka Ayda anak kepada rakan karib ibunya. Ayda pula sedang mencari lokasi untuk merakamkan video muzik lagu barunya.

Pelakon: Rita Rudaini, Erry Putra dan Alif Yasraf. Rudi masuk ke pejabat Azrai dan meninggalk­an beberapa dokumen rahsia. Tujuannya adalah untuk memfitnah Azrai. Ain pula bertemu dengan Marhein dan bercerita mengenai masalahnya dengan Azrai.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Sabrina Ali dan Catriona Ross. Mowgli dibesarkan serigala betina bernama Raksha dan kawanannya yang diketuai Akela.

Dia dibesarkan di tengah belantara yang terletak di India selepas ditemui harimau kumbang bernama Bagheera.

Bagheera mengajar Mowgli memahami gaya hidup serigala. Namun, ada beberapa cabaran terpaksa ditempuh Mowgli.

Satu hari, ketika musim kemarau, haiwan di dalam hutan berkumpul untuk minum air.

Namun, kegembiraa­n mereka terganggu dengan kehadiran harimau bengis, Shere Khan yang berjaya mengesan kewujudan Mowgli dalam kumpulan serigala itu.

Dia mengugut untuk membunuh Mowgli kerana tidak suka kewujudan manusia di hutan itu.

Pelakon: Bill Murray, Ben Kingsley dan Idris Elba. Sofea bersemanga­t untuk memulakan tugas barunya tanpa mengetahui bahawa dia sedang diekori Adrian. Namun, Adrian hanya memerhati dari luar bangunan.

Pelakon: Shukri Yahaya, Azira Shafinaz & Mustafa Kamal

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia