Harian Metro

Pembantu peribadi ego melangit

-

Industri hiburan tanah air semakin menjadi perhatian bakat baru. Ada yang remaja dan tidak kurang juga agak berusia.

Minat mendalam terhadap bidang seni membuatkan kebanyakan artis baru tidak kira lingkungan usia enggan melepaskan peluang depan mata.

Sayangnya, bakat segelintir artis baru tidak berkembang apabila tersalah memilih individu yang rapat dan dijadikan sebagai pembantu peribadi atau pengurus.

Ini kerana baru-baru ini rakan SS diherdik seorang pembantu peribadi artis baru yang mendakwa dirinya berpengala­man.

Perkara itu dengarnya berlaku berikutan rakan SS enggan mengguna pakai konsep fesyen dipilih pembantu peribadi itu untuk artis di bawah jagaannya.

Rakan SS sebenarnya sudah ada konsep fesyen pilihan sendiri dan ia sudah pun dimaklumka­n lebih awal kepada artis berkenaan yang menghubung­i meminta bantuan untuk sesi fotografi.

Mengikut cerita rakan SS itu, kalau betul pun banyak pengalaman, tidak bolehkah dicuit sedikit untuk menerima pandangan orang lain?

Ini kerana sebaik saja pembantu peribadi artis itu mendengar penjelasan rakan SS kepada artisnya kenapa konsep fesyen itu ditolak, dia meluru terjah sesi perbualan tanpa memperkena­lkan nama.

Pembantu peribadi artis berkenaan memberitah­u rakan SS konsep fesyen pilihannya mengikut kesesuaian genre muzik dan mahu artis itu kekal tampil dengan imej matang.

Bagaimanap­un, kata rakan SS sikap pembantu peribadi artis itu kurang sopan. Sudahlah tidak boleh terima teguran tergamak pula tinggikan suara tanpa menghirauk­an orang sekeliling.

Menurut cerita rakan SS itu lagi, artis berkenaan mencarinya untuk minta bantuan publisiti tetapi pembantu peribadi pula lebih sudu dari kuah.

Malah, kata rakan

SS, pembantu peribadi yang mendakwa dirinya sangat berpengala­man itu langsung tidak meminta maaf. Pada pandangan SS pula, egonya sangat tinggi.

Biarpun hanya mendengar cerita sebelah pihak, SS bersimpati dengan artis baru berkenaan. Tak tahu bagaimana hala tuju kariernya tetapi moga dia berjaya.

Dalam industri hiburan kini banyak persaingan. Bersikap terbuka menerima pandangan orang lain itu perlu. Lebih-lebih lagi, membabitka­n fesyen atau imej artis.

Bagaimanap­un, tepuk dada dan tanya selera. Pesan SS senang saja, buang ego dan belajarlah merendah diri. Lapangkan dada untuk terima teguran. Ia untuk kebaikan artis naungan anda juga!

SS: Teringat lirik lagu Amboi, ‘siapa makan cili, dia rasa pedas!’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia