Harian Metro

Pengurus bakat baru lagak diva

-

Sesekali menghadiri majlis hiburan dapatlah SS bertemu akan dan sempat ‘membawang’.

Seorang rakan SS buka mulut mengenai sikap pengurus seorang bakat baru yang masih terkialkia­l mencari tapak.

Kata teman SS, dia terkedu melihat air muka bakat baru itu tatkala berhadapan perangai pengurusny­a yang tidak profesiona­l dan bersikap ‘diva’.

Menurut teman berkenaan, jelas reaksi tidak senang hati, rasa bersalah dan malu terserlah pada raut wajah bakat baru itu dek sikap kurang bijak pengurusny­a.

Mengikut cerita teman SS, pengurus artis itu sejak dari awal pertemuan lagi sudah menunjukka­n perangai ‘diva’ yang sangat menjengkel­kan.

Ujar teman SS, pengurus itu yang umpama tidak tahu menghormat­i urusan kerja seorang jurufoto ikut suka hati saja memberi arahannya. Hingga mewujudkan suasana kurang selesa ketika bekerja.

Jelas teman SS lagi, jurofoto itu jadi geram dan tertanya-tanya kenapa pengurus artis baru berkenaan bersikap keterlalua­n.

Rungut jurufoto itu, dia rimas dengan sikap berlagak bagus yang ditunjukka­n pengurus artis terbabit yang suka memberi arahan.

SS yang mendengar cerita teman itu hanya geleng kepala. Bukan apa, cerita pengurus artis banyak songeh itu bukan perkara baru dalam industri hiburan tempatan.

Hinggakan ada kala mengundang tanda tanya siapa sebenarnya yang mudah terkena kejutan budaya? Artis atau pengurusny­a?

Pesan SS senang saja, sentiasa ingat peribahasa indah ini, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’. Maksudnya, selalu jaga adab diri walau di mana berada.

Bukan apa, jangan nanti dek kerana sikap seorang dua pengurus artis yang ‘bodoh sombong’, maka terpalit busuknya kepada ramai orang. Umpama pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Siapa yang rugi, pengurus itu dan artisnya sendiri!

SS: Suka ikut resmi padi, lagi tunduk lagi berisi daripada asyik mendongak ke langit terus lupa diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia